Filem Thor: Love And Thunder Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Peminat filem Marvel Studios nampaknya sudah boleh melupakan hasrat untuk menonton Thor: Love and Thunder selepas dua rangkaian pawagam tempatan iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas mengesahkan bahawa ia tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Menerusi ciapan di laman Twitter, pihak GSC mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima maklum balas daripada The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd tentang status tayangan filem itu.

Sumber: Twitter @GSCinemas

“Disney telah memaklumkan kepada pihak kami bahawa Thor: Love and Thunder terbitan Marvel Studios tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Kami menghargai kesabaran anda dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul,” ujarnya.

Pihak TGV turut memuat naik satu ciapan di laman Twitter dengan berkata, “Kami dah cuba.”

Sumber: Twitter @TGVCinemas

Untuk rekod, filem yang dibintangi Chris Hemsworth dan Natalie Portman itu sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 7 Julai tetapi ia ditunda ke 21 Julai.

Pada 13 Julai, pihak GSC mengumumkan bahawa tarikh tayangan filem itu masih belum ditetapkan.

Walaupun tiada alasan rasmi berkaitan pembatalan tayangan filem berkenaan, khabar angin dalam kalangan peminat mendakwa ia mungkin berpunca daripada beberapa adegan ‘panas’ yang kurang sesuai dipertontonkan kepada umum khususnya di Malaysia.

Anda boleh tonton trailer filem ini di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca