Selepas kejayaan mereka menerusi filem The Jungle Book dan Beauty and The Beast. Walt Disney Studios kembali dengan filem The Lion King dalam bentuk live action bakal ditayangkan pada 19 Julai 2019 di seluruh pawagam. Membawa para peminat kembali bernostalgia dengan filem The Lion King.
Filem muzikal animasi ini kali pertama ditayangkan pada 1994 dan merupakan antara filem yang mencatat kutipan pecah panggung. Kemunculan The Lion King versi live action ini menjadi salah satu yang paling ditunggu oleh orang ramai.
Beberapa selebriti tampil meminjamkan suara untuk filem ini termasuklah Beyonce Knowles, Daniel Glover dan Seth Rogen.
Trailer The Lion King telah ditayangkan secara perdana di Youtube pada 22 November lalu dan telah mencecah tontonan lebih dari 200 juta.