Filem Terbaik Di Oscars, Donald Trump Pertikai Kemenangan Parasite

Donald Trump kecewa dengan Anugerah Akademi yang telah mengangkat filem dari Korea Selatan, Parasite sebagai Filem Terbaik.

Hal ini demikian kerana Trump berfikir sebaliknya dengan menganggap Parasite tidak sepatutnya memenangi anugerah tersebut.

Mana tidaknya, beliau pada mulanya menyangka filem arahan Bong Joon-ho itu cuma menang kategori Filem Luar Terbaik sahaja.

Presiden Amerika Syarikat itu bertanya kepada ribuan penyokongnya di Colorado semalam, “Adakah anda tonton? Betapa teruknya Anugerah Akademi tahun ini?”

“Pemenangnya adalah filem dari Korea Selatan, apa yang dah berlaku ini? Kita sudah berdepan banyak masalah dengan Korea Selatan dalam isu perdagangan, mereka pula diangkat sebagai Filem Terbaik tahun ini? Adakah itu berita baik? Saya tidak tahu,” katanya.

Tidak berhenti di situ, Trump menegaskan bahawa dia lebih memilih filem klasik Hollywood seperti Gone with the Wind (1939) dan Sunset Boulevard (1950).

Parasite mengisahkan keluarga Kim yang tinggal di sebuah rumah sempit tingkat bawah tanah menyusup masuk untuk bekerja dengan keluarga Park yang tinggal di sebuah rumah elit di Seoul.

Filem arahan Bong Joon-ho ini pernah terpalit dalam kontroversi sebelum ini apabila penerbit filem Tamil mahu menyaman pengeluar filem Parasite atas tuduhan plagiarisme.

Sebagai rekod, produksi filem Parasite telah mencipta sejarah dengan menjadi filem bahasa asing pertama merangkul anugerah Filem Terbaik di Oscars.

Selain itu, mereka turut membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Filem Luar Terbaik.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan filem Parasite, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca