Berita gembira buat peminat filem Disney.
Baru-baru ini, Walt Disney Studio telah mengumumkan tarikh tayangan filem terbaharu mereka iaitu Maleficent:: Mistress of Evil. Filem tersebut dikhabarkan bakal ditayang pada 18 Oktober 2019.
Filem Maleficent pertama yang dibintangi oleh Angelina Jolie pada tahun 2014 telah mengutip keuntungan sebanyak AS$ 758 juta di seluruh dunia. Diharapkan filem Maleficent ke-2 ini juga mampu untuk menandingi kutipan yang terdahulu.
Dalam perkembangan lain, sekuel kedua “Maleficent: Mistress of Evil” akan melihatkan penambahan seorang lagi watak utama baharu iaitu Queen Ingrith lakonan Michelle Pfeiffer.
Adakah Maleficent akan berentap dengan Queen Ingrith untuk merebut sesuatu? Sama-sama kita nantikan trailer “Maleficent: Mistress of Evil”.