Filem Mahathir: The Journey Tetap Akan Diteruskan

Walaupun pelbagai isu yang melanda politik Malaysia, namun ia tidak menjejaskan filem Mahathir: The Journey. Projek tersebut mengangkat kisah perjuangan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap akan diteruskan.

Reliance Media Group selaku pihak produksi menjelaskan krisis politik yang berlaku tidak dapat dielakkan. Projek ini akan diteruskan sehingga ditayangkan di pawagam. Tambahan lagi, Mahathir: The Journey sudah selesai menjalani proses penggambaraan.

Sumber: The Star

Walaupun begitu, terdapat satu masalah yang melanda Mahathir: The Journey. Lokasi penggambaraan seperti Hiroshima, Jepun terpaksa dilupakan kerana kebimbangan COVID-19. Filem tersebut kini di dalam proses suntingan. Segalanya berjalan secara lancar sehingga kini.

Mahathir: The Journey mengangkat perjalanan politik Tun Dr. Mahathir Mohamad dari tahun 2003 sehingga 2018. Filem yang dijangka mendapat sambutan hebat di seluruh pawagam Malaysia.

Sumber: Facebook Mahathir: The Journey

Mahathir: The Journey arahan Profesor Dr Mohamad Hatta Azad Khan dan Cheong Kai Wan dijangka akan ditayangkan pada bulai Julai sempena ulang tahun kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Filem ini menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Azhar Amir (Tun Dr. Mahathir Mohamad), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Anwar Ibrahim) dan ramai lagi. Nantikan projek hebat di pawagam nanti.

Sumber: Mahathir: The Journey

Untuk membaca artikel lain berkaitan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca