Filem Mentega Terbang menjadi topik perbualan hangat sehingga mendapat perhatian daripada beberapa pihak untuk mengulas berkenaan filem ini.
Filem ini didakwa menghina agama Islam selain memaparkan kandungan menyentuh sensitiviti masyarakat.

FIlem Mentega Terbang ini mengisahkan watak Aisyah beragama islam yang mendalami kitab-kitab suci, termasuk Al-Quran, Bible dan Veda. Filem ini mempunyai babak yang mengangkat topik kontroversi iaitu melibatkan agama.
Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberikan hujah mengenai kebimbangan yang dicetuskan oleh filem tersebut.

Filem Mentega Terbang mengetengahkan beberapa tema kekeluargaan dan perpaduan antara kaum.
Namun begitu, cara penyampaian mesej dalam Mentega Terbang itu mudah untuk disalahertikan dan boleh memesongkan akidah melalui dialog watak.
Menurut Datuk Seri Dr Zulkifli, beliau menyenaraikan empat unsur mempersendakan agama yang terdapat dalam filem Mentega Terbang. Antaranya:
- Pluralisme agama
Terdapat unsur pluralism agama iaitu satu fahaman bahawa semua agama adalah benar dan menuju ke arah tuhan. Namun kefahaman tersebut akan membawa kecelaruan iaitu ‘kebenaran relatif’.

Sebenarnya secara tersirat, pluralisme agama menafikan dan merendahkan kebenaran mutlak yang sebenar.
Selain itu, fahaman pluralisme agama belum temui bukti bahawa mampu menyelesaikan isu pertelingkahan dan mewujudkan toleransi yang sebenar antara agama tanpa menggadaikan prinsip akidah masing-masing.
- Kelahiran Semula
Datuk Seri Dr Zulkifli berkata terdapat konsep kelahiran semula dalam filem Mentega Terbang di mana babak Aisyah tersenyum puas apabila melihat rama-rama hinggap di atas batu nisan ibunya.
Konsep kelahiran semula bertentangan dengan Islam kerana mereka yang meninggal dunia akan sama ada diberi nikmat atau diazab, bukannya berpindah ke tubuh individu lain yang masih hidup.
“Jika roh atau kesedaran seseorang dilahirkan semula dalam badan baharu, mengapa mereka tidak mengingati kehidupan lampau mereka?” ujar beliau.
- Perbandingan Antara Agama
Zulkifli menyentuh juga berkenaan amalan perbandingan agama yang diterapkan dalam filem Mentega Terbang.

Antaranya ialah terdapat beberapa babak watak Aisyah yang mendalami agama-agama lain seperti membaca Bible dan berbincang tentang Kristian dengan ibu bapanya selain watak Suresh, kawannya tentang Veda.
- Melanggar sensitiviti agama
Tidak dinafikan sama sekali, terdapat banyak baba dalam filem ini melanggar sensitiviti agama di Malaysia yang mempunyai pelbagai agama selain Islam.

Antaranya ialah babak watak Aisyah yang menyentuh anjing tanpa sebab dan mencuba mencabar syariat-Nya dengan makan pau berintikan daging babi.
Masyarakat menganjurkan untuk menghormati agama lain dan menjalankan tindakan yang bermoral walaupun kepercayaan dan amalan agama yang berbeza.
Akan begitu, terlalu banyak unsur memperlecehkan agama Islam dan agama-agama lain yang saya temui dalam filem ini.
Untuk rekod, filem Mentega Terbang arahan Khairi Anwar telah ditayang di platform penstriman Viu pada 19 Januari 2023 dan telah dihentikan tayangan pada 27 Februari 2023.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh kilik pautan di bawah: