Swifties, ini berita baik untuk anda!
Taylor Swift mendedahkan beliau sedang merakamkan filem konsert yang berkait dengan album terbarunya, Folklore, Selasa lalu.
Filem konsert yang diberi tajuk Folklore: The Long Pond Studio Session akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ pada hari ini. Filem ini bakal memaparkan persembahan daripada penyanyi berusia 30 tahun itu dan beliau juga akan berkongsi kisah disebalik setiap lagu yang terkandung di dalam album yang mendapat jolokan ‘Album Of The Year’ itu.
Dipetik daripada kenyataan sidang media yang dilakukan baru-baru ini, dikhabarkan Aaron Dessner, Jack Antonoff, dan Bon Iver yang bekerjasama dalam pembikinan album tersebut akan turut membuat penampilan istimewa.
Semalam, Swift telah memuat naik satu video trailer di akaun Instagram miliknya dengan menulis, “Jadi, hari ini 11/24 dan 24-11=13. Saya ada satu pengumuman yang perlu dibuat🤓 . Anda belum pernah lagi menonton filem ini✨ folklore: the long pond studio sessions akan ditayangkan malam ini pada waktu tengah malam PST di @DisneyPlus! #folkloreOnDisneyPlus”.
Fakta menarik: 13 adalah nombor bertuah Taylor Swift.
Mengulas berkaitan projek berkenaan di rancangan Good Morning America pada Selasa, Taylor Swift berkata, “Folklore adalah sebuah album yang dihasilkan dalam keadaan yang benar-benar terpisah. Hal ini kerana saya, Aaron Dessner, dan Jack Antonoff tidak pernah bersua muka sama sekali sepanjang kami bekerjasama dalam penghasilan album ini.”
Beliau juga memberitahu bahawa dirinya dan rakan kerjasamanya telah berkenalan di Long Pond Studios untuk “menghasilkan muzik bersama, bermain menerusinya bersama, dan bercakap menerusinya bersama.”
“Ia adalah salah satu pengalaman yang amat mengagumkan untuk akhirnya saya dapat menghasilkan album ini dengan mereka dan saya berharap anda semua menyukainya,” tambahnya lagi.
Album tersebut, yang telah menggunakan estetika hitam dan putih, mengandungi 16 buah trek. Versi cetakan deluxe album ini turut mengandungi trek bonus ‘The Lakes’.
Anda boleh tonton trailer Folklore: The Long Pond Studio Session di sini: