Filem Frozen 2 Akan Ditayangkan Tidak Lama Lagi

Masihkah anda ingat dengan watak Elsa dan Anna? Frasa dari lagu tema filem itu, “Let it go…. Let it go…” menjadi trending dan kegemaran ramai, baik dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, beberapa tahun lepas.

Selepas Frozen ditayangkan di pawagam pada 2013, kini filem Frozen 2 diumumkan melalui tayangan trailer terbaharu yang dikeluarkan Disney pada Rabu.

Perkara ini terus mengujakan peminatnya yang menyebabkan kata kunci Frozen 2 terus trending di Twitter dan beberapa platform lain media sosial.

Namun, jalan cerita sebenar dalam Frozen 2 kali ini belum kita ketahui dan fahami secara jelas.

Trailer berdurasi 2 minit berkenaan dilancarkan oleh Walt Disney semalam dan sehingga hari ini, ia telah mencecah 6 juta lebih penonton.

Menerusi trailer berkenaan, ia bermula dengan Elsa melihat ombak membadai dan kemudian menggunakan keberaniannya untuk menyeberang laut berkenaan dengan menggunakan kesaktian aisnya.

Namun, Elsa telah terjatuh ke dalam ombak. Dalam klip selama dua minit itu, Anna, Kristoff, dan semestinya Olaff si orang salji (snowman) masih setia bersama mereka. Di penghujung, Anna melibas pedang Kristoff, kelihatannya seperti melawan seseorang atau sesuatu.

Filem ini dijangka mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 22 November 2019.

Jadi, apa pendapat anda? Adakah anda tak sabar nak tunggu filem ini keluar? Pasti anak-anak anda ada yang tak sabar, silap-silap ibu bapa yang terlebih excited.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca