Tahun baru, azam baru dan berikut filem-filem terbaru yang akan mewarnai tahun 2020 anda:
1. Morbius
Michael Morbius, seorang ahli biokimia berusaha mencari penawar penyakit darah misteri yang dihidapi tapi lain yang berlaku apabila dia terjadi ‘vampire’.
2. Godzilla vs Kong
Apabila Kong bertemu Godzilla, satu dunia akan menyaksikan siapa yang akan menjadi raja raksasa.
3. Jungle Cruise
Berdasarkan river boat di taman tema Disneyland iaitu Jungle Cruise, filem ini mengisahkan sebuah bot kecil yang membawa sekumpulan pengembara menyusuri sungai melepasi hutan yang penuh dengan haiwan dan reptilia berbahaya.
4. Birds of Prey
Bila kota Gotham huru-hara di tangan penjahat Roman Sionis yang sedang memburu seorang gadis bernama Cass, Harley Quinn bersekutu dengan Huntress, Black Canary dan Renee bagi menumpaskan Roman.
5. The Conjuring: The Devil Made Me Do It
Ed and Lorraine Warren, pasangan penyiasat paranormal cuba membantu kes sepasang suami isteri yang dikatakan dirasuk sehingga terlibat dengan jenayah pembunuhan.
6. Underwater
Sekumpulan penyelidik akuatik terkandas di dalam makmal mereka di bawah laut setelah berlaku gempa bumi. Apa yang menakutkan, mereka telah mengejutkan makhluk yang sudah lama tertidur.
7. Secret Zoo
Tae-Soo telah mengambil alih zoo yang bankrap. Haiwan semua sudah dijual dan tiada di dalam sangkar. Bagi menarik pengunjung, dia suruh pekerja-pekerjanya menyamar jadi ‘haiwan’ sehingga zoo tersebut tular di media sosial.
8. The Mystery of The Dragon Seal
Jonathan Green, seorang ahli kartografi telah mengembara ke China dan pelbagai penemuan yang mengejutkan seperti makhluk aneh, dragon master dan Raja Naga.
9. Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna
Taichi dan rakan-rakannya semakin meningkat dewasa. Sampai masa, mereka harus melepaskan pasangan Digimon masing-masing kerana mereka bukan kanak-kanak lagi. Taichi, Agumon dan rakan-rakan berjuang menentang musuh bersama-sama buat kali terakhir.
10. Mulan
Demi selamatkan ayahnya yang sakit daripada menyertai ketenteraan, gadis muda ini menyamar sebagai lelaki untuk berperang menentang penceroboh di China.