Filem Bersiri Harry Potter Memaparkan Watak Hermione Sebagai Simbol Feminism

Hermione Granger dari kisah bersiri Harry Potter merupakan salah satu watak wanita fiksyen yang kuat.

Hermione pernah menjadi simbol feminism. Pada January 2017, terdapat slogan, “When Voldemort is president, we need a nation of Hermiones!” yang menjadi gerakan seramai 3.5 juta orang untuk memperjuangkan hak-hak wanita.

Selain itu, watak Hermione ini menunjukkan bagaimana peranan wanita dalam kehidupan lelaki.

Dalam banyak cerita yang kita tonton, kalau terdapat dua orang lelaki dan seorang perempuan, perempuan selalunya akan menjadi watak side-kick (watak sampingan).

Watak side-kick ialah watak yang menjadi motivasi kepada watak utama. Iaitu watak side-kick yang akan bantu watak utama untuk bangun semula dengan memberi kata-kata semangat.

Kemudian, watak ‘side-kick’ ini menjadi punca utama dua lelaki ini bergaduh untuk mendapat perhatian.

Ia seperti watak perempuan Disney moden yang kehidupannya terarah dengan memberi perhatian kepada lelaki.

Tetapi Hermione berbeza. Dia bukan ‘side-kick’. Dia menjadi trio berganding dengan dua watak trio yang lain (watak yang sentiasa bertiga). Ia menjadi simbol kepada kekuatan seorang wanita.

Hermione menunjukkan walaupun dia berasal dari keluarga bawahan (Muggle) iaitu orang yang tidak mempunyai keupayaan kuasa ajaib dalam kelompok ahli-ahli sihir, tetapi dia mampu menjadi ahli sihir yang cemerlang.

Jadi, dari mana pun asal usul kita, kita mampu menjadi seorang yang cemerlang.

Perkara ini memberi mesej halus untuk menentang sebarang bentuk rasism yang berlaku dalam dunia kita.

Hermione seorang yang takut akan kegagalan. Oleh kerana itu, dia berusaha bersungguh-sungguh. Tekanan ini datang daripada tekanan sosial yang memandang rendah terhadap kebolehan Muggle (orang yang tidak mempunyai kuasa ajaib).

Profesor Remus Lupin berkata “Hermione merupakan ahli sihir paling cerdik dalam kalangan ahli-ahli sihir di tahun yang sama dengannya.”

Dia pernah digelar dengan ‘borderline-genius’ iaitu seorang yang mempunyai IQ yang tinggi dan boleh skor dalam setiap ujian yang dihadapi.

Hermione menunjukkan bahawa dia mampu menjadi ahli sihir yang cerdik dan kuat walaupun dia seorang wanita.

Dalam kelasnya, Hermione yang paling pandai dan yang paling luas pengetahuannya.

Profesor Snape pernah menggelar Hermione sebagai ‘insufferable-know-it-all’.

Hermione menunjukkan dia adalah ‘beauty may be dangerous but intelligence is lethal’. Wanita yang cerdik.

Hermione seorang yang berani dan dapat mempertaruhkan nyawanya walaupun berada dalam situasi yang bahaya.

Hermione juga seorang yang setia dengan kawan-kawanya. Apabila Harry dan Ron menghadapi masalah Hermione sentiasa menyokong dan tetap memilih untuk bersama mereka.

J.K Rowling jarang ketengahkan fizikal Hermione. Tetapi, Rowling lebih ketengahkan aspek kecerdikan, moraliti, keberanian dan belas kasihan yang ditunjukkan oleh Hermione.

Jadi, fizikal Hermione tidak dijadikan pusat perkembangan wataknya. Hal ini kerana ingin menunjukkan bahawa harga dirinya sebagai seorang wanita bukan terletak pada fizikal semata-mata.

Emma Watson yang memegang watak sebagai Hermione berkata, “Young girls are told you have to be the delicate princess. Hermione taught them that you can be the warrior.”

Perkongsian dengan izin penulis asal, Zamir Mohyedin

Artikel Lain Untuk Di Baca