Filem Avengers: Endgame Bukan Penamat Bagi Fasa Ketiga Marvel Cinematic Universe

Anda sudah bersedia untuk menonton filem Avengers: Endgame? Berita baik untuk peminat Marvel semua. Menurut Kevin Feige, filem Avengers tersebut bukan penamat bagi fasa ketiga Marvel Cinematic Universe (MCU).

Presiden Marvel Studio, Kevin Feige menyatakan bahawa fasa ketiga MCU bakal berakhir dengan filem Spider-Man: Far From Home semasa sesi temu ramah di Shanghai. Menurut beliau lagi, ini adalah pertama kali perkara ini diumumkan secara terbuka.

Menurut Altpress, filem Spider-Man: Far From Home dikatakan berlaku beberapa minit selepas peristiwa Endgame dan ia sesuai untuk dijadikan penamat bagi fasa ketiga MCU. Sesetangah peminat mungkin akan terkejut tetapi sebenarnya perkara ini sudah dijangka akan berlaku.

Sebelum ini, mereka juga pernah melakukan perkara yang sama pada filem Avengers: Age of Ultron dan mengeluarkan filem Ant-Man yang mempunyai adegan berkaitan dengan filem pertama bagi fasa ketiga, Captain America: Civil War.

Kemungkinan filem Spider-Man yang terbaru ini mempunyai adegan berkaitan dengan filem pertama bagi fasa keempat MCU. Walaupun tiada lagi kenyataan umum mengenai filem yang seterusnya tetapi ia dijangka akan keluar pada 1 Mei 2020.

Anda boleh menonton filem Avengers: Endgame di pawagam berhampiran dengan anda pada minggu ini. Selamat menonton!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca