“Battle of Surabaya” adalah sebuah filem animasi 2D daripada Indonesia yang kebanyakkan orang Malaysia tidak ketahui. Sebenarnya filem ini telah lama ditayangkan pada tahun 2015. Filem ini, arahan oleh Aryanto Yuniawan. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Indonesia dan juga bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun, animasi layar lebar merupakan sesuatu yang baru bagi Indonesia. Namun, tidak banyak production house yang sanggup untuk menghasilkan filem animasi tersebut. MSV Studio sangat berani mengambil risiko dengan menyediakan tenaga kerja mereka sebanyak 150 animator untuk menghasilkan animasi tersebut.
Apa yang menarik filem ini, ia sepenuhnya berasal dari kisah benar. Di mana, filem animasi ini berlatar sejarah perjuangan Indonesia iaitu hari pahlawan di Indonesia, pada tahun 1945.
Berikut merupakan sinopsis tentang filem animasi ini:
Mengisahkan tentang seorang anak lelaki berusia 13 tahun bernama Musa yang membantu ibu bapanya mencari nafkah dengan menjadi tukang lap kasut di Surabaya. Pada saat itu, keadaan Indonesia sangat tidak aman kerana masih dalam suasana perang. Perjuangan Musa dalam mempertahankan negara dari penjajah Inggeris dan Jepun telah dibantu oleh 2 orang sahabatnya iaitu Yumna dan Danu.
Kenapa sejarah?
Kebanyakkan animasi jarang mengetengahkan tema sejarah di dalam filem.
Filem ini juga telah mendapat 12 penghargaan antarabangsa. Salah satu penghargaan yang diterima ialah Best Animation di Milan IFF 2017.
Semoga para pembaca dapat memanfaatkan setiap ilmu pengetahuan yang diberi kepada anda!
Jangan lupa ikuti Lejen Press di Telegram. Segala informasi menarik menanti para pembaca.