Fezrul Khan Bengang Bil Elektrik Hampir Cecah RM2,000

Isu kenaikan bil elektrik nampaknya masih menjadi bualan orang ramai, meskipun Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah berulang kali menjelaskan kaedah prorata sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac hingga April lalu.

Baru-baru ini, pelakon Malaysia Fezrul Khan menerusi Instagramnya meluahkan kekecewaan kepada TNB apabila beliau menerima bil berjumlah RM1,943.50.

Tambahan lagi, beliau juga tidak berpuas hati kerana hanya mendapat potongan pada kadar dua peratus sahaja.

“Memang patuh duduk di rumah, jadi elektrik lagi banyaklah kita pakai. Dah macam duduk dekat negara yahudi macam ni harga. Syabas.

Bayar memang kena bayar sikit-sikit tapi harga begitu memang buat duit betul TNB ni.

Diskaun hanya dua peratus sahaja? Gurau ke? Kalau dah kerja semua bawa ke rumah memang naiklah bil, lagi banyak elektrik pakai,” tulisnya.

Beliau menjelaskan sepanjang PKP berjalan, beliau perlu menggunakan komputer dan memastikan penghawa dingin sentiasa dipasang untuk menyejukkan server.

“Sebab kerja guna komputer untuk recording kena bawa balik rumah, jadi komputer kena sejuk tak boleh panas macam bilik server kena guna penghawa dingin, kalau tidak sangkut.

Jangan bandingkan komputer aku dengan komputer korang yang buat surat , hantar e-mel, main game okay,” katanya lagi.

Beliau juga berharap TNB datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca