Fesyen Rambut Pelik Yang Diilhamkan Daripada Koronavirus Dapat Sambutan Di Kenya

Penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan kesan kepada ekonomi sekaligus memberi kesan buruk terhadap sumber pendapatan di seluruh dunia. Pengusaha salon dan kedai gunting rambut juga tidak terlepas dengan krisis ini, berikutan perniagaan yang terpaksa ditutup sepanjang perintah berkurung yang berlaku di negara masing-masing.

Tapi percaya atau tidak, sebuah salon rambut di Kenya kini berjaya bangkit semula dan memperoleh pendapatan lumayan setelah memperkenalkan fesyen rambut yang diilhamkan daripada koronavirus ataupun COVID-19.

Difahamkan bahawa ini merupakan inisiatif baru pengusaha salon rambut tersebut untuk keluar daripada masalah yang sedang mereka hadapi.

Menurut pengusaha salon tersebut, seramai tiga orang pekerjanya telah bersedia mendandan gaya rambut itu kepada para pelanggan yang hadir dengan bayaran serendah AS$1 (RM4.35) sahaja.

Bagi menghasilkan gaya rambut tersebut, rambut pelanggan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Kemudian mereka akan memusing dan mengikatnya satu persatu dengan menggunakan benang hitam sehingga ikatan rambut tadi menjadi tegak dan melawan graviti dan akhirnya kelihatan sama seperti koronavirus.

Menurut Diana Andayi, salah seorang pendandan rambut di salon tersebut, gaya ini sangat ringkas dan murah untuk digayakan oleh semua orang.

Menurut laporan, gaya rambut koronavirus ini pernah wujud di sana. Namun, setelah wujudnya penularan wabak COVID-19, gaya rambut ini kembali popular.

Untuk makluman, ketika ini salon rambut di negara itu sudah dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca