Saban tahun, arus trend fesyen sentiasa berubah dan berlalu pantas mengikut peredaran zaman. Kadangkala ia sukar diduga apakah fesyen yang akan menjad intrend untuk tahun berikutya. Jangan terkejut jika fesyen dahulu kala menjadi pilihan dan semakin mendapat tempat buat penggemar fesyen. Contohnya seperti gaya retro yang mula digayakan semula terutama buat anak-anak muda masa kini. Jom kita lihat trend fesyen yang dijangka hangat pada
tahun 2019 ini.

1. MOTIF HARIMAU BINTANG

Sememangnya corak harimau bintang  tidak pernah lapuk ditelan zaman. Dari dulu hingga kini, motif ini sentiasa mendapat tempat di hati penggemar fesyen. Jika tahun ini cetakan berjalur dan kotak-kotak menjadi tumpuan namun pada tahun hadapan, cetakan kulit harimau bintang yang pernah popular sekitar 2010 dahulu akan ‘in’ kembali. Jom keluarkan balik baju-baju lama yang ada corak kulit leopard!

2. SUNTIKAN BULU

Tahun 2018 menyaksikan banyak penggunaan bulu atau feather pada setiap rekaan busana terutama di pentas-pentas fesyen antarabangsa mahupun tempatan. Masih utuh hingga kini. Penggunaan bulu ini akan berlarutan hingga ke tahun 2019. Tetapi isimewanya untuk 2019, perincian glamor itu seolah-olah lebih ekstrem dan mungkin berada dimana-mana sahaja. Penggunaan bulu ini bertindak sebagai penyeri utama rekaan terutamanya bagi jenis-jenis fabrik yang polos tanpa sebarang perincian.

3. RONA WARNA KUSAM

Jarang sekali orang memakai warna-warna kusam seperti warna tanah liat sebagai helaian utama harian kerana ia dianggap membosankan dan terlalu ringkas. Namun, untuk 2019, jangan teragak-agak untuk menyarungkan helaian yang berasaskan warna ini kerana ia sememangnya warna yang menjadi pujaan bagi ramai pereka fesyen ternama untuk koleksi terkini mereka.

4.  WARNA KUNING

Jika warna yang banyak diketengahkan sepanjang tahun 2018 adalah rona merah jambu dan oren, warna kuning terang bakal menyusul sebagai warna kebanggaan fashionista sepanjang 2019 nanti!

5. INSPIRASI TIE DYE

Kalau dahulunya pakaian yang berasaskan corak tie dye ini hanya dipakai mereka yang mengaplikasikan cara hidup ala hippie namun untuk 2019 adalah tahun di mana corak cetakan unik ini diangkat menjadi trend fesyen paling mahsyur untuk digayakan mereka yang mengikuti perkembangan fesyen semasa.

6. PADANAN SCARF

Kalau cetakan scarf ala Versace dan Hermes menjadi igauan para peminat fesyen era 90-an, untuk 2019 trend itu kembali bagaikan mengimbau memori lampau yang pernah gah suatu ketika dahulu.

(Jumlah bacaan sebanyak 29 kali, dibaca 1 kali pada hari ini)