Festival PJ Folklore 2022 Kembali Dengan Konsert Percuma Dan 9 Aktiviti Utama Pada 28 November Hingga 4 Disember Ini

Selepas tergendala setika kerana pandemik, PJ Kita kembalikan semula program tahunan mereka, Festival PJ Folklore Antarabangsa 2022 dengan 31 program dan konsert rock percuma.

Festival PJ Folklore 2022

Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Petaling Jaya (Festival PJ Folklore) adalah festival tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Initiatif perkhidmatan awam dalam talian oleh MBPJ iaitu PJ Kita sering menjalankan pelbagai jenis program dan Festival Folklore ini merupakan acara tahunan bagi menyemarakkan kesenian dan kebudayaan dari seluruh negara terutama di Malaysia.

Acara ini bakal mempromosikan Bandaraya Petaling Jaya, negeri Selangor dan juga Malaysia sebagai Kota Seni dan Destinasi Pelancongan Antarabangsa. Ia telah pun dikategorikan sebagai program pembangunan pelancongan.

Festival ini juga telah menjadi Projek Kebudayaan Antara Kerajaan (Government To Government Cultural Project) oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) sejak tahun 2013 atas sebab penglibatan dari negara-negara luar.

Pada tahun 2018, festival seni ini diiktirafkan sebagai Program Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa (International Cultural Exchange Programme) kerana perkongsian seni dan budaya antara negara.

Selain itu, acara besar-besaran ini berjaya memecah dua rekod dalam Malaysia Book of Records iaitu, The Most Number of Participants In A Mannequine Challenge pada tahun 2018 dan The Most Number In Participants of Wefie pada tahun 2016.

Sejak negara kita, Malaysia tidak terlepas dari pandemik COVID-19 yang menular di seluruh dunia, program tahunan ini terpaksa ditangguh. Akhir November, dengan rasminya, PJ Kita akan mengadakan Festival Folklore yang ke tujuh selama seminggu iaitu pada 28 November hingga 4 Disember ini.

Tentatif Festival PJ Folklore 2022

Mengikut tentatif, Festival Folklore tahun ini akan dimeriahkan dengan penganjuran 31 program dalam masa tujuh hari.

Festival Folklore Petaling Jaya yang signifikan dengan sambutan meriah daripada pelbagai lapisan masyarakat ini memberi kesempatan untuk anda meraikan dan mengikuti budaya yang ada di seluruh dunia.

Apa yang menarik, semua aktiviti dan program yang diadakan sepanjang festival ini adalah percuma. Tiada bayaran dikenakan; anda hanya perlu membuat pendaftaran masuk sahaja.

Aktiviti-aktiviti Utama di Festival PJ Folklore 2022

Daripada 31 program yang akan dianjurkan, ini 9 acara utama yang kami pasti anda tidak mahu lepaskan.

PJ Fight Night (Mix Martial Art – MMA) – 29-30 November 2022 (9pm – 12am)

Mix Martial Art (MMA) adalah antara sukan yang terkenal dan diminati ramai. Walaupun sukan ini sudah lama diperkenalkan tetapi perlawanan MMA agak sukar dijumpai di Malaysia.

Festival Folklore akan menganjurkan perlawanan sukan ini khas untuk peminat-peminat MMA di luar sana. Saksikan petarung-petarung profesional yang akan beraksi di gelanggang tinju pada 29 November ini.

Pocket Show – 29-20 November 2022 (6pm – 9pm)

Selain MMA, pocket show dari negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara lain juga akan dijalankan pada masa yang sama.

Pada 29 November, sembilan kumpulan akan membuat persembahan di One Utama dan lapan kumpulan yang lain akan beraksi di Sunway Pyramid.

Pada 30 November pula, kumpulan yang sudah membuat persembahan di One Utama akan ke Sunway Pyramid dan sebaliknya.

Mari saksikan seni dan budaya dari luar negara yang khas dibawa ke Festival Folklore.

Asian Food Festival – 26 November – 4 Disember 2022 (10am – 12am)

Food Festival? Pasti ramai yang teruja untuk pergi ke pesta makanan terutamanya ini adalah Asian Food Festival!

Untuk yang gemar mencuba makanan baru atau pencinta makanan, jangan lepaskan peluang anda untuk singgah ke Asian Food Festival di Dataran PJ bermula 26 November dan akan ada sepanjang Festivaal Folklore dijalankan.

Pameran Busana & Jualan Pelbagai- 29 November – 4 Disember 2022 (10am – 12am)

Akan ada pameran busana untuk anda lihat sendiri busana tradisional dari Malaysia dan juga negara luar yang amat memikat hati.

Selain jualan makanan, terdapat juga pelbagai jenis jualan lain untuk anda membeli -belah sepanjang minggu Festival Folklore di Dataran PJ nanti.

Dikir Barat & Wayang Kulit – 1 Disember 2022 (8.30pm)

Fazlisham bin Mat Hussain atau dikenali dengan nama Issey, seorang penghibur yang berasal dari Kelantan akan menghangatkan pentas Dataran PJ dengan persembahan dikir barat pada 1 Disember nanti.

Sumber: Berita Harian

Wayang kulit pula akan dipersembahkan oleh Pok Chu yang sudah berabad melakukan seni tradisional yang berasal dari tanah Jawa, Indonesia. Pok Chu ini berbangsa Cina tetapi boleh bercakap dalam dialek Kelantan dengan sempurna.

Malam Kemuncak – 3 Disember 2022

Malam yang dinanti-nantikan oleh orang ramai! Seperti biasa, Festival Folklore akan menganjurkan konsert percuma dengan menjemput artis tempatan popular bagi memeriahkan lagi festival tersebut. Malam kemuncak akan diadakan di tapak utama Festival Folklore iaitu di Dataran PJ.

Majlis Perasmian

Sebelum persembahan yang memukau bermula, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir, MBPJ akan merasmikan Festival PJ Folklore Antarabangsa 2022 bagi mempromosikan Bandar Raya Petaling Jaya sebagai Kota Seni dan Destinasi Pelancongan Antarabangsa.

International Cultural Show

Persembahan ini akan menyampaikan tujuan utama Festival Folklore iaitu untuk ketengahkan Petaling Jaya sebagai Kota Seni dengan pertunjukkan perkongsian seni dan budaya antara negara.

Lapan buah negara luar dan 10 negeri dari Malaysia sudah ambil bahagian dalam Festival Folklore tahun ini.

Negara yang terbabit adalah Indonesia (Bandung dan Kalimantan), Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Lanka, Jepun dan Uzbekistan.10 buah negeri dari Malaysia pula adalah Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Konsert Evolusi PJ oleh Kumpulan Wings

Festival Folklore tahun ini akan mengadakan konsert percuma dengan kumpulan rock popular di Malaysia, tidak lain dan tidak bukan, Wings.

Kenapa Wings?

Datuk Bandar PJ ada menerangkan yang kumpulan Wings sudah berada dalam industri lebih 35 tahun dan profil kerjaya mereka dalam bidang seni muzik sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau percaya, mereka adalah antara kumpukan rock tanah air yang memiliki aura yang fantastik.

Tambahan pula, Mohamad Azhan yakin dengan kumpulan rock Malaysia yang sejak kebelakangan ini kerap beraksi di atas pentas dan peminat mereka yang ramai. Ini membuatkan kumpulan Wings adalah kumpulan yang evergreen untuk membangkitkan Festival Folklore kali ini.

Peminat Rock dan konsert berpeluang besar untuk menyaksikan kumpulan Wings di Dataran PJ secara percuma.

PJ Smart Ride

Pada hari terakhir Festival PJ Folklore 2022, MBPJ akan mengadakan PJ Smart Ride Vol.2. Acara kayuhan ini akan berlangsung sekitar Petaling Jaya.

Pelepasan akan bertempat di Laman MBPJ dan selepas lebih kurang 50km perjalanan, kayuhan akan tamat di lokasi utama Festival PJ Folklore, Dataran Petaling Jaya.

Tekan link di sini atau imbas kod QR yang tertera di atas untuk pendaftaran. Tarikh tutup penyertaan secara online adalah pada 2 Disember 2022 jam 5 petang.

Untuk pendaftaran walk in, peserta boleh mendaftar pada hari PJ Smart Ride berlangsung, 4 Disember jam 7 pagi.

Lokasi-lokasi Festival PJ Folklore Antarabangsa 2022

Ini adalah lokasi-lokasi lengkap untuk Festival Folklore 2022. Anda boleh mengikut petunjuk yang diberikan bagi merancang perjalanan anda untuk ke lokasi tersebut. Ini adalah untuk memudahkan pergerakan anda ketika tiba di Festival Folklore.

Datang beramai-ramai hujung bulan ini ke Festival PJ Folklore Antarabangsa 2022. Jadikan ini sebagai pengalaman dan memori yang tidak dapat anda lupakan pada tahun ini.

Tarikh: 28 November hingga 4 Disember 2022

Masa: 10 pagi hingga 12 tengah malam

Tempat: Petaling Jaya

Jumpa anda di sana!

Untuk maklumat lanjut:

Instagram: pjkita

Facebook: PJ KITA

TikTok: pjkita_

Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca