Feri Terbakar Di Filipina, 7 Terkorban

Sebuah feri yang membawa lebih 130 penumpang dan 10 anak kapal mengalami kebakaran mengakibatkan tujuh orang terkorban.

Kebakaran berlaku di atas feri Mercraft 2 ketika melalui kawasan Pulau Polillo ke Real di pulau utama Luzon sekitar jam 5 pagi.

Roro Vessel MV Mercraft 2 berada kira-kira lebih 400 meter dari pelabuhan Real ketika kebakaran berlaku.

Menurut pengawal pantai dan saksi, kebanyakkan penumpang serta anak kapal terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.

Sumber: Sinar Harian

Situasi ini menyebabkan terdapat beberapa penumpang berpaut pada objek terapung.

Operasi mencari mangsa yang terselamat sedang dijalankan dan hingga kini hanya 120 penumpang berjaya dijumpai.

ABC News melaporkan sekurang-kurangnya 4 orang masih hilang dan operasi mencari mangsa masih giat dijalankan.

Kebakaran dikatakan bermula daripada bilik enjin.

Bangkai feri tersebut juga telah ditarik ke tepi pantai di Real.

Sumber: ABC News

Operasi menyelamat itu turut didatangi sebuah lagi kapal untuk membantu menyelematkan penumpang yang terjun dalam laut kerana panik akibat kebakaran tersebut.

Pengawal Pantai Filipina, Armando Balilio menyatakan enam penumpang yang cedera dibawa ke hospital yang berdekatan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca