Fenomena Supermoon 2019 Bakal Berakhir Pada Bulan Ini

Fenomena Supermoon bagi tahun 2019 akan berakhir pada hari Khamis, 21 Mac 2019. Ia merupakan fenomena yang ketiga selepas berlakunya gerhana bulan pada bulan Januari dan Supermoon terbesar pada bulan Februari. Bulan Mac merupakan peluang terakhir anda untuk melihat fenomena Supermoon yang luar biasa ini.

Fenomena ini berlaku apabila bulan berada pada jarak paling dekat dengan bumi dalam orbitnya dan dalam fasa purnama. Perkara ini menyebabkan bulan akan kelihatan 7% lebih besar dan 15% lebih terang berbanding dengan fasa bulan yang lain secara purata.

Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena ini akan berlaku pada jam 9.43 pagi esok. Malangnya, fenomena ini hanya boleh dilihat di negara-negara yang mengalaminya pada waktu malam tetapi tidak Malaysia kerana ia berlaku pada waktu siang.

Anda tidak perlu murung kerana tidak dapat melihatnya di Malaysia. Menurut Express, anda boleh melihat fenomena ini menerusi laman YouTube The Virtual Telescope Project secara siaran langsung yang bermula jam 12.45 pagi esok.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat Supermoon buat kali yang terakhir!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca