Fenomena Hutan Bernafas Di Kanada Tular Di Media Sosial

Satu video ‘hutan bernafas’ yang berlaku di Quebec, Kanada mula tular di media sosial selepas seorang pengguna Twitter, Daniel Holland memuatnaik video tersebut. Menerusi video tersebut, pergerakan turun naik tanah dilihat seperti individu bernafas.

Fenomena tersebut dikatakan berlaku berikutan angin kencang yang mendorong tarikan akar pokok dari bawah tanah, menyebabkan ia kelihatan seperti bernafas.

Umum mengetahui bahawa pokok ‘bernafas’ dengan cara mengambil karbon dioksida dari udara dan melepaskan oksigen buat manusia dan juga haiwan.

Menurut Mark Sirois dari Southern Quebec Severe Weather Network, apa yang terjadi hanyalah sekadar fenomena alam semula jadi dan ia adalah normal. Pendapat Mark juga dipersetujui oleh pakar meteorologi yang lain.

 

 

Apakah pendapat anda mengenai video di atas? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

Artikel Lain Untuk Di Baca