Fenomena Gerhana Bulan ‘Super Pink Moon’ Di Malaysia Hari Rabu Ini, 8 April 2020

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung sehingga 14 April nanti, ramai rakyat Malaysia yang sudah lelah duduk di rumah sahaja dan tidak dapat melihat dunia luar.

Walaupun banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga, tetapi sekiranya diulang hampir setiap hari, sudah pasti ramai yang mulai berasa bosan.

Bagi menceriakan hari anda, telah dilaporkan bahawa rakyat Malaysia akan melihat fenomena Super Pink Moon ini pada 8 April 2020, sekitar jam 10.35 pagi.

Meskipun dikenali sebagai Super Pink Moon, ia bukanlah berwarna merah jambu seperti namanya, sebaliknya ia akan berwarna kuning keemasan dan lebih terang daripada cahaya bulan biasa.

Ianya diberikan nama Super Pink Moon kerana fenomena gerhana bulan ini akan terjadi ketika musim bunga jenis phlox merah jambu yang berkembang mekar.

Saintis meramalkan Super Pink Moon pada tahun 2020 akan menjadi lebih besar dan lebih cerah berbanding biasa kerana kekurangan pencemaran udara. Ini disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kuarantin yang dikuatkuasakan oleh majoriti negara seluruh dunia.

Yang lebih menarik lagi, anda masih dapat melihat fenomena ini pada 12 jam berikutnya.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat ‘Super Pink Moon’ ini!

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca