“Wey, tengah malam macam ni laparlah pulak.”
“Nak makan mana?”
“FamilyMart, jom!”
Umum mengetahui FamilyMart sangat popular di negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Kini rangkaian FamilyMart telah pun menerokai pasaran Malaysia. Dengan konsep waktu operasi 24 jam – 7 hari seminggu, penduduk tempatan dan pelancong berduyun-duyun ke outlet FamilyMart untuk mendapatkan barangan runcit, minuman, dan makanan.
Apa yang menarik dan dijual di FamilyMart ya? Jom kita terokai.
1. Matcha dan Hokaido Melon
First time masuk Family Mart ni, aiskrim ini antara yang menjadi tarikan utama. Bagi penggemar aiskrim ala-ala Korea, bolehlah datang mencuba aiskrim ini. Didatangkan dengan dua perisa iaitu Matcha (green tea) dan Hokaido Melon.
2. Oden
Boleh dikatakan oden merupakan hidangan panas seakan steamboat. Bagi mereka yang inginkan rasa sedikit pedas boleh memilih oden berkuah tomyam. Selain itu, terdapat juga pilihan kuah sup.
3. Coffee
Bagi peminat kopi, anda pasti teruja untuk menikmati kopi dengan pelbagai jenis pilihan kopi yang ada di sini. Dijual dengan dua saiz iaitu kecil dan besar, harga yang ditawarkan adalah berpatutan.
4. Onigiri
Onigiri sangat popular di Jepun. Ia juga merupakan salah satu makanan tradisional di negara matahari terbit itu. Ia merupakan nasi yang dikepal dan dipadatkan dan terdapat 4 variasi Onigiri yang boleh anda pilih dan nikmati seperti grilled salmon, salted salmon, chicken mayo dan tuna mayo.
5. Steamed Snack
Di sudut steamed snack, anda boleh dapatkan makanan berasaskan steam seperti dim sum dan pau.
6. Strawberry Shortcake
Mesti Cuba! Didatangkan dengan hidangan cawan, ia memudahkan anda untuk menikmatinya.
7. Bento Box
Merupakan hidangan yang berat, bento box sesuai dimakan ketika lunch. Pelbagai jenis bento yang disediakan. Tunggu pilih saja.
8. Matcha Pudding
Bagi anda yang inginkan kelainan untuk pilihan dessert, boleh cuba Matcha Pudding. Marvellous!
9. Banana Milk
Kalau di Jepun, pisang sering diolah dengan pelbagai cara untuk dinikmati. Bagi penggemar pisang, anda boleh cuba minuman ini yang berasaskan susu dan pisang.
FamilyMart dilihat lebih fokus pada makanan dan makanan ringan yang berasaskan gabungan makanan dari negara luar. Inilah salah satu keunikan yang membuatkan FamilyMart menjadi fenomena apabila ia dibuka di Malaysia, berbanding mart yang sedia ada.
Di FamilyMart juga ada diletakkan meja-meja serta kerusi untuk pengunjung makan-makan. Sambil makan, sambil lepak.
Ada banyak outlet FamilyMart kini dibuka, anda boleh dapatkan info dan kemaskini di https://familymart.com.my/our-stores.html
Sumber foto: hype.my, familymart.com.my,