‘Femisida’, Jenayah Menakutkan Di Honduras Yang Menyasarkan Wanita

Femisida, bunyinya seperti penyembur untuk membunuh haiwan perosak, bukan? Maksudnya sama seperti itu tetapi femisida merupakan konsep pembunuhan yang dilakukan ke atas wanita di negara Amerika Tengah, Honduras sejak tahun 1990.

Mengikut undang-undang negara tersebut, faktor-faktor terjadinya femisida adalah apabila lelaki membunuh wanita kerana jantina wanita itu yang sangat dibenci. Hingga kini, kebanyakan kes melibatkan femisida masih tidak mendapat pembelaan secukupnya daripada pihak kerajaan.

Ahli keluarga mangsa-mangsa femisida juga ada yang terpaksa berpindah keluar dari bandar bagi mengelakkan diri mereka menjadi mangsa seterusnya. Berikut merupakan beberapa kes femisida yang popular:

1. Riccy Mabel Martinez

Riccy Mabel Martinez merupakan seorang pelajar pendidikan tahun 3. Dia dilaporkan hilang setelah balik daripada berjumpa teman lelakinya yang berkhidmat sebagai askar. Salah seorang suspek jenayah tersebut merupakan seorang kolonel askar. Seorang saksi penting kes tersebut juga telah dibelasah hingga mati beberapa hari selepas membuat kenyataan di mahkamah tentang kes tersebut.

2. Blanca Jeannette Kawas

Wanita ini dikenali sebagai aktivis yang memelihara lebih 400 spesies flora dan fauna. Selepas menjalankan protes dan memberikan hak tanah kepada petani, Jeannette menjadi mangsa femisida. Punca kejadian adalah ketidakpuasan hati.

3. Ratu Cantik Dunia Honduras 2014

Maria Alvarado dan adiknya, Sofia Trinidad menjadi mangsa femisida di sebuah parti semasa menyambut hari jadi bekas teman lelaki Sofia.

4. Berta Caceres

Juga merupakan seorang aktivis alam sekitar, Berta menjadi mangsa femisida setelah bertahun-tahun menerima ancaman dan ugutan. Kes femisida Berta mendapat liputan luas media dan menarik perhatian beberapa aktivis alam sekitar lain seperti pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Datuk Bandar Barcelona, Ada Colau.

Penulis

  • Nur Sahira Mohd Jailani adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca