Fazura Buka Rahsia Sedang Hamil 4 Bulan

Aktres terkenal, Nur Fazura berkongsi khabar gembira di mana dia dan suami iaitu pelakon Fattah Amin bakal menimang cahaya mata sulung pada tahun ini.

Fazura berkata menerusi sebuah coretan di laman Instagram miliknya, “Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan Fattah ingin berkongsi satu berita gembira.

Insya-Allah, kami bakal menimang cahaya mata yang pertama pada tahun ini. Alhamdulillah, kandungan saya kini memasuki bulan keempat.

Saya dan Fattah sentiasa yakin akan peraturan Allah SWT dan percaya bahawa ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami untuk dikurniakan zuriat ini.

Tiada perkara yang kami lebih utamakan dalam hidup buat masa ini kecuali yang tersayang. Sekali lagi, saya dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami selama ini. Kami amat bersyukur akan setiap detik dalam fasa ini dan pada hari-hari indah yang akan datang. Insya-Allah.”

View this post on Instagram

After two years of marriage, my husband @fattahaminz and I are delighted to share that we are expecting our first child. I am currently in my fourth month of pregnancy. We always believe in Allah’s perfect timing and we are overjoyed by the most beautiful gift Allah SWT has granted upon us. Nothing in the world matters more to us right now than our precious one. We would like to deeply thank everyone for your never ending prayers and well-wishes for us all this time. We are grateful for every single moment of this beautiful phase and we look forward to the blissful months to come. InsyaAllah. Once again, Alhamdulillah and thank you all from the bottom of our hearts. Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua. 🙏🏻❤️✨👶🏼 @fattzuralovelife

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Selepas bergandingan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Fazura akhirnya mengikat tali perkahwinan bersama Fattah Amin dalam sebuah majlis tertutup pada 27 November 2017. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Fazura dan Fattah atas berita gembira ini.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca