Unit Pusat Universiti (UPU) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menentukan kelayakan calon sebelum mereka ditawarkan ke universiti awam bersama kursus yang mereka inginkan.
Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik menyatakan di Twitter baru-baru ini bahawa pencapaian akademik yang cemerlang semata-mata bukan jaminan untuk mendapat tawaran kursus kompetitif yang dipohon seperti perubatan, pergigian dan farmasi.
Antara faktor lain yang beliau nyatakan di Twitter adalah:
- Tidak menduduki ujian saringan khas yang diwajibkan oleh universiti awam.
- Tidak lulus ujian temuduga yang diselaraskan oleh universiti awam.
- Pencapaian markah merit yang rendah berbanding dengan calon lain.
Dr. Maszlee Malik juga mengingatkan bahawa calon yang gagal mendapat kursus pilihan utama boleh memohan maklum balas terperinci daripada universiti awam berkenaan atau kemukakan e-mel secara rasmi kepada UPU melalui [email protected]
Informasi artikel diperolehi daripada sini.
Gambar di paparan utama- Good Free Photos on Unsplash