Kucing in dikenali serata dunia kerana dinobatkan gelaran ‘the deadliest cat’. Jangan terperdaya dengan penampilannya yang comel dan bertubuh kecil. Ini fakta-fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai ‘black-footed cat’ iaitu kucing paling berbahaya yang berasal dari Afrika Selatan.
1. Mempunyai penglihatan enam kali ganda lebih baik daripada manusia
Oleh kerana haiwan lincah ini adalah lebih aktif di waktu malam, ia memerlukan penglihatan yang tinggi untuk memburu mangsa. Digandingkan bersama pendengaran cekap, kucing ini dapat mengenal pasti kedudukan mangsanya dengan sangat tepat.
2. Spesis kucing liar terkecil di Afrika
Badan kucing ini berukuran 50-72 cm termasuk ekornya. Berat bagi kucing jantan adalah dalam lingkungan 1.7-2.4 kg manakala kucing betina hanya 1-1.6 kg. Anak kucing spesis ini memiliki berat 60-90 g ketika baru lahir.
3. Mempunyai kulit berwarna merah jambu
Luar daripada sangkaan umum, kulit pada badan kucing pemangsa ini adalah berwarna merah jambu di sebalik bulunya yang gelap. Kucing-kucing lain kebiasaannya memiliki warna kulit yang keperangan atau hitam.
4. Bersifat menyendiri
Kucing black-footed ini lebih gemar bersendirian dalam melakukan apa jua aktiviti. Kedua-dua kucing betina dan jantan bagi spesis isi akan menandakan kawasan mereka dengan menggunakan air kencing.

Mungkin juga kecomelannya merupakan senjata terkuat spesis ini. Apa pendapat anda?
Artikel menarik lain untuk dibaca: