Search
Close this search box.

Faizal Tahir Mulakan Kerjayanya Sebagai Penyanyi Solo Kerana Zamani

Siapa sahaja tidak mengenali Faizal Tahir, seorang penyanyi dan komposer yang berbakat. Baru-baru ini beliau telah berkongsi tentang detik pertemuan pertamanya bersama Zamani iaitu vokalis kumpulan Slam di akaun Instagram miliknya.

“Peluang untuk bekerja dengan seorang penyanyi yang begitu dihormati, disayangi dan dikagumi ramai memang tidak dapat saya tolak.”

Beliau masih ingat ketika berkongsi pentas dengan Zamani sewaktu bersama dalam kumpulan nasyid Mirawana dalam satu persembahan dulu. Setelah acara malam tersebut berakhir, Zamani telah datang kepada beliau dan mengatakan bahawa beliau mempunyai masa depan cerah dalam industri muzik.

“Dia bertanyakan saya sama ada saya mempunyai cita-cita untuk menjadi penyanyi solo kerana dia nampak dan percaya dengan bakat saya. Tak ada seorang pun yang pernah mengatakan begitu kepada saya. Dialah yang pertama dan satunya insan yang percaya dengan bakat saya waktu itu.”

“Jujurnya saya terkedu dan tak boleh proses kejap lepas dengar kata-katanya. Saya terlalu teruja dan seperti tidak percaya dengan apa yang abang Zamani pesan kepada saya waktu itu.”

“Dia doakan kejayaan saya yang membuatkan saya begitu terharu. Lebih-lebih lagi waktu itu saya memang tidak pernah rasa yang saya mempunyai bakat untuk berjaya dalam bidang nyanyian. Tidak pernah terlintas langsung untuk ada kerjaya sebagai penyanyi solo.”

Selepas 15 tahun, beliau dipertemukan lagi bersama Zamani dan kali ini beliau dapat membantu dalam perjalanan kerjaya seni Zamani sendiri. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Zamani kerana telah mempercayai dirinya dan kru Faithful Music miliknya.

“Mungkin dia juga sudah tidak ingat pertemuan dengan saya 15 tahun lepas. Namun ia tetap dalam ingatan saya sampai ke hari ini. Terima kasih abang. Allah bless you,” tulisnya lagi.

https://www.instagram.com/p/Buh_T1CBkFO/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1l7raay3fenfb

Pada awal bulan Mac, Zamani telah menghasilkan lagu single terbarunya yang bertajuk “Aduh” yang diterbitkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia.

Lagu ini adalah hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam. Video ini telah mendapat lebih daripada 600 ribu tontonan di lama YouTube.

Bermula pada 1 Mac 2019, anda boleh mendapatkan lagu single “Aduh” di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, JOOX dan juga Apple Music.

Tak sangka Zamani mempunyai peranan penting dalam hidup Faizal Tahir untuk kariernya sebagai penyanyi solo.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca