Faizal Tahir ‘Kantoikan’ Kisah Sebenar Di Sebalik Lagu Dirgahayu

Faizal Tahir mendedahkan maksud tersendiri di sebalik bait-bait lirik lagu Dirgahayu yang ditulis olehnya dan diterbitkan empat tahun lalu.

Penyanyi itu berkata lagu duet yang dinyanyikan bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza itu sebenarnya diinspirasikan daripada kisah sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Hanzalah yang meninggal dunia dalam keadaan syahid semasa Perang Uhud setelah baru sahaja dinikahkan.

Faizal berkata menerusi sebuah ciapan di laman Twitternya, “Rasulullah SAW tidak bagi Hanzalah datang supaya dia dapat bersama isterinya. Walaupun begitu, Hanzalah datang juga. Malaikat mandikan jenazah dia. Allahuakbar.”

Penyanyi itu tampil mendedahkan kisah di sebalik lagu tersebut sebagai respons kepada ciapan Artortoise yang menyulam melodi lagu terbabit bersama ilustrasi menyentuh hati tentang pasangan yang merancang perkahwinan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi terpaksa menangguhkan hari bahagia berkenaan.

“Apabila dengar lagu Dirgahayu nyanyian Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza ini, ia terlintas di fikiran kami mengenai pasangan-pasangan yang telah merancang perkahwinan sebelum ini tetapi terpaksa menangguhkan atau melaksanakannya secara dalam talian kerana PKP. Selamat Pengantin Baru ya!” tulis akaun itu.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati perkongsian Faizal ternyata membuka mata orang ramai yang selama ini hanya menyanyikan lagu tersebut tanpa mengetahui maksud sebenar lagu berkenaan:

Dirgahayu kini menerima 10,427,880 tontonan di laman YouTube pada waktu artikel ini ditulis. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kisah di sebalik lagu siulan ramai, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca