Fahami Bahasa Si ‘Meow’, Ini Maksud Di Sebalik Pergerakan Ekor Kucing

Pasti ramai pembaca di sini yang merupakan pencinta kucing. Siapa sahaja yang tidak suka dengan makhluk comel itu melainkan mereka yang mempunyai alahan dengan bulu kucing.

Malah, ada juga segelintir yang mempunyai alahan tetapi tetap ingin membelai mahkluk yang cukup disayangi di seluruh dunia ini kerana tidak tahan dengan wajahnya yang comel. Kesudahannya, habis gatal-gatal satu badan!

Tahukah anda bahawa kita sebenarnya boleh mengetahui apa yang kucing kita rasa menerusi gerakan ekornya? Kali ini kami kongsikan maksud atau ‘mood’ kucing di sebalik gerakan ekornya.

1. Ekor lurus tegak

Ia menunjukkan bahawa kucing anda berada dalam keadaan yang gembira. Dalam erti kata lain, kucing tersebut selesa dengan keadaan sekelilingnya.

2. Ekor sedikit bengkok seakan-akan bentuk bukit

Keadaan ekor sebegini bermaksud kucing anda sedang tertekan. Pada masa yang sama, ia juga seolah-olah peringatan bahawa jangan sesekali cuba mendekatinya atau membelainya buat masa ini. Jaga-jaga, guys!

3. Menyembunyikan ekor

Sekiranya kucing anda seakan-akan menyembunyikan ekornya, ini menunjukkan bahawa ia sedang bersedih atau mungkin sakit.

4. Mengipas-ngipas ekor (fanning)

Jika kucing anda berjalan sambil mengipas-ngipas ekornya, ini bermaksud ia sangat selesa dengan keadaan sekelilingnya.

5. Menggoyang-goyangkan ekor (wagging) dengan laju

Apabila kucing anda menggoyangkan ekornya dengan laju sekali, jangan sesekali cuba mendekati atau menyapanya. Ini kerana keadaan ekornya itu menunjukkan bahawa moodnya agak kurang baik.

6. Mengembangkan badan dan ekor

Sekiranya kucing anda kelihatan seperti gambar di atas, jangan cuba pegang atau apatah lagi mengangkatnya. Keadaan bulu yang kembang itu menunjukkan ia sedang marah atau dalam pergaduhan dengan ‘musuh’. Jadi, jangan cuba masuk campur. Silap hari bulan, tuan sendiri yang bertukar jadi musuhnya!

Semoga perkongsian di atas dapat membantu anda semua untuk lebih memahami bahasa kucing.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca