KONGSIKAN

Penulis pasti kita semua mesti sudah biasa dengan terma ‘vegetarianism’ dan juga ‘veganism’.

Tetapi, tahukah anda tentang terma ‘freeganism’?

Freeganism adalah sebuah pergerakan anti-konsumerisme yang mengetengahkan isu-isu berkaitan dengan sifat sesetengah daripada pengguna – membuang barang-barang lama walaupun barang-barang tersebut masih berada dalam keadaan yang sempurna. Dalam erti kata lain, freeganism adalah satu reaksi menentang pembaziran sumber-sumber yang kadangkala berada di luar kawalan.

Individu yang mengamalkan freeganism – dikenali sebagai ‘freegan’, mempunyai dua matlamat utama iaitu untuk berbelanja sedikit yang boleh dan untuk menggunakan apa yang mereka perlu sahaja.

 

Asas Pencetusan Freeganism

Dalam artikel ‘From Production to Destruction to Recovery: Freeganism’s Redefinition of Food Value and Circulation’ yang disiarkan di Iowa Journal of Cultural Studies Unversity of Iowa pad tahun 2008, Michelle Coyne menjelaskan bahawa freeganism lahir daripada anti-kapitalisme, anti-konsumerisme dan kelainan sikap sesuatu kumpulan masyarkat termasuklah pergerakan anarchist-punk 1970-an.

 

Bagaimana Freegan Melaksanakan Matlamat Mereka?

Untuk mengurangkan penglibatan mereka yang menyumbang kepada kegiatan ekonomi pengguna, freegan akan menahan diri mereka daripada pergi membeli-belah di mana-mana kedai atau pasar raya. Sebaliknya, mereka bergantung kepada sumber-sumber alternatif untuk keperluan mereka, termasuklah makanan.

Antara cara yang diamalkan oleh pengamal freeganism:

  • Dumpster-diving (Menyelongkar sampah-sampah yang dibuang oleh orang lain untuk mencari benda-benda yang boleh digunakan atau dimakan)

Foto: Wikipedia

 

 

  • Sistem barter/Berdagang
  • Mencari sumber-sumber makanan
  • Berkongsi
  • Bercucuk-tanam

 

Freegan juga cuba untuk mengurangkan mengurangkan pencemaran kepada Bumi dengan menggunakan mod pengangkutan mesra alam sekitar seperti berbasikal, berjalan kaki, pengangkutan awam dan juga car-pooling. Freegan juga mengitar semula barang-barang dan mengurangkan penggunaan tenaga di rumah mereka.

Di Singapura, seorang lelaki bernama Daniel Tay mengamalkan gaya hidup freeganism. Daniel, yang juga seorang akauntan, telah berjaya memperoleh bermacam-macam jenis barangan rumah yang masih elok untuk digunakan. Paling mengejutkan, dia berjaya menjumpai sebuah Macbook yang telah dibuang oleh pemiliknya. Beliau mula melakukan ‘dumpster-diving’ pada sekitar bulan Disember 2016.

 

Daniel Tay juga dijemput sebagai penceramah untuk bercakap mengenai freeganism di Singapura untuk TED Talk di Singapore Politeknik. Dalam ceramah beliau, Daniel menyatakan bahawa beliau hanya berbelanja sebanyak $8 pada tahun 2017. Ya, hanya $8!

 

Pada pendapat penulis sendiri, freeganism adalah cara yang bagus dalam menjaga alam sekitar dan dalam pada yang sama dapat membantu kita untuk berjimat. Tetapi, makan makanan yang dijumpai semasa ‘dumpster-diving’? Hmm rasanya tak perlu kot. Beli sahajalah bahan-bahan makanan daripada pasar raya atau kedai-kedai runcit terdekat. Jangan kerana hendak sangat berjimat, kesihatan pun dalam bahaya.

 

 

Sumber: The Spruce Eats