Facebook Lancar Perkhidmatan Video Pendek Persis TikTok Di Instagram

Syarikat teknologi Facebook Inc telah melancarkan perkhidmatan video pendek yang dikenali sebagai ‘Reels’ di aplikasi Instagram dalam usaha menyaingi aplikasi TikTok yang kini menjadi fenomena di serata dunia.

Pelancaran ‘Reels’ itu dibuat semasa Microsoft sedang dalam perbincangan untuk memperoleh lesen operasi TikTok di Amerika Syarikat (AS) daripada ByteDance China.

Menurut laporan media tempatan, ByteDance dikatakan bersetuju untuk melepaskan sebahagian operasi TikTok di AS disebabkan tekanan White House dan pengharaman keseluruhan aplikasi China di negara itu.

Sumber: The Star

Dengan pelancaran ‘Reels’, saingan antara Facebook dan TikTok dijangka bakal menyaksikan peningkatan.

Untuk rekod, ‘Reels’ pertama kali diuji di Brazil pada tahun 2018, kemudian di Perancis, Jerman dan India yang merupakan pasaran terbesar TikTok sebelum kerajaan India mengharamkannya pada bulan lalu berikutan ketegangan dengan China.

Sebelum ini, Facebook juga pernah mencuba untuk membangunkan aplikasi yang dikenali sebagai Lasso, namun ia kurang mendapat sambutan ramai.

Dengan perkhidmatan persis TikTok, pengguna ‘Reels’ boleh merakam video dan menambah kesan khas serta runut bunyi daripada kandungan muzik.

Walau bagaimanapun, Instagram dikatakan masih belum merancang menawarkan iklan atau cara lain untuk pengguna menjana wang menerusi ‘Reels’.

Dalam pada itu, persamaan ‘Reels’ dengan aplikasi TikTok sekali gus menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Kevin Mayer memanggil perkhidmatan video pendek itu sebagai produk tiruan selepas aplikasi Lasso gagal.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca