Facebook Dating Mungkin Boleh Ganti Tinder Untuk Mencari Pasangan

Kini rakyat Malaysia boleh mencari pasangan masing-masing secara online dengan menggunakan ciri terbaru daripada Facebook iaitu Facebook Dating.

Facebook telah mengumumkan bahawa Malaysia termasuk dalam senarai 14 buah negara yang akan mempunyai ciri ini. Antara negara yang tersenarai ialah Singapura, Laos, Filipina dan Brazil. Ciri Facebook Dating ini akan dilancarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu pada hujung tahun ini.

Menurut Ketua Aplikasi Facebook, Fidji Simo berkata, ciri Facebook Dating boleh digunakan untuk mencari pasangan berdasarkan kategori yang dipilih seperti minat dan kumpulan yang sama. Beliau juga mendakwa bahawa ciri ini selamat.

“Profil ciri ini dipisahkan daripada profil utama di Facebook.” kata beliau semasa persidangan tahunan F8 yang diadakan di Pusat Konvensyen McEnery, San Jose pada hari 30 April yang lalu.

Dalam Facebook Dating, terdapat satu ciri yang dipanggil Secret Crush di mana anda boleh menghantar permintaan kepada orang yang tidak dikenali dan rakan anda sendiri.

Anda akan diberitahu jika seseorang menghantar permintaan untuk menjadi secret crush dan anda boleh memilih untuk terima atau tidak. Sekiranya anda menerima permintaan tersebut, anda boleh mula berbual dan meluahkan segala yang terpendam kepada si dia.

Kini, Facebook bukan sahaja digunakan untuk berhubung dengan rakan, tetapi ia mungkin boleh digunakan untuk mencari pasangan dan mungkin dia adalah jodoh anda.

Jangan lupa saksikan video kami untuk mengetahui cara bagaimana untuk menggunakan ciri ini. Ikuti langkah ini supaya tidak sesat mencari jodoh anda. Siapa tahu mungkin anda yang akan dapat soulmate hari ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca