Evolusi Ikut Budaya, Ini 5 Perkara Tentang Orca Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun ia mempunyai ciri fizikal yang comel, orca adalah seekor ikan yang cukup digeruni oleh hidupan laut. Kami kongsikan lima fakta tentang orca menerusi artikel ini: 

1. Orca bukan ikan paus

Walaupun ramai orang memanggil orca dengan nama gelaran killer whales, ia bukannya seekor ikan paus tetapi termasuk dalam kumpulan keluarga ikan lumba-lumba. Orca juga dikategorikan sebagai spesies ikan lumba-lumba yang paling besar. 

2. Orca berevolusi mengikut budaya

Walaupun di dalam spesies yang sama, ia mempunyai perbezaan mengikut habitat kerana genom orca di Lautan Pasifik dan Lautan Antartika berbeza.

Orca di kedua-dua lautan ini mempunyai teknik memburu dan bahasa yang berbeza. Oleh itu, orca dari habitat berbeza sukar untuk bergaul sesama sendiri.

3. Orca mengalami menopaus

Sekiranya anda mahu tahu, kebanyakan haiwan masih mampu membiak sehingga ia menghembuskan nafas terakhir. Walau bagaimanapun, ia berbeza bagi segelintir haiwan mamalia.

Apabila orca mengalami proses menopaus, ia tidak lagi mampu untuk membiak pada satu kadar umur tertentu. 

4. Orca terbahagi kepada beberapa puak dan komuniti

Apa yang membezakan kumpulan dan puak orca ialah bahasa yang digunakan. Di dalam sebuah puak, ia terbahagi kepada pod (kumpulan) dan keluarga.

Setiap orca di dalam pod berkenaan menggunakan bahasa sama tetapi mempunyai dialek yang berbeza. Setiap puak orca ini mempunyai bahasa yang berbeza. Komuniti pula membawa maksud perselisihan antara puak-puak di dalam territory tertentu. 

5. Orca boleh hidup di semua perairan

Orca berada di mana-mana bahagian lautan di bumi. Ia boleh hidup di perairan sejuk beku ataupun yang hangat. Orca boleh juga masuk ke sungai untuk memburu ikan.

Berikut merupakan lima fakta menarik tentang orca. Pada pendapat anda, fakta manakah yang paling menarik perhatian sebagai seorang pembaca?

Penulis:

  • Nur Aqimila Mohd Razali adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca