Etihad Atau Anfield, Pegawai EPL Lakukan Persiapan Sambut Juara Di Dua-Dua Stadium

Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2021/2022 sudah tiba ke kemuncaknya. Dengan berbaki satu lagi perlawanan, Pegawai EPL mengesahkan bahawa persiapan menyambut juara akan dilakukan di dua-dua stadium kelab bola sepak besar:- Stadium Etihad untuk Manchester City dan Stadium Anfield untuk Liverpool.

Menurut laporan, Ketua Eksekutif Liga Perdana Richard Masters akan berada di Stadium Etihad bersama trofi sebenar Ahad ini, manakala trofi replika diletakkan di Anfield sebagai persediaan sekiranya Liverpool muncul juara.

Sekiranya Manchester City meraih kemenangan pada perlawanan Ahad ini menentang Aston Villa, maka mereka akan merangkul trofi EPL keenam mereka.

Untuk Liverpool pula, mereka harus menewaskan Wolves dan berharap City tercicir mata untuk membolehkan mereka memintas pendahulu liga itu.

Replika trofi EPL akan disediakan di Stadium Anfield untuk bersedia sekiranya Liverpool muncul juara.

Namun menurut Klopp, dia tidak rasa yang Manchester City akan tercicir mata, namun tidak menafikan yang ia boleh berlaku walaupun sukar.

“Sudah tentu sukar kerana City bermain di laman sendiri menentang Aston Villa, yang baru saja bermain pada Khamis. Ia perlawanan yang sukar kerana mereka menentang Burnley yang terdesak memburu mata.”

“Tetapi ini bola sepak. Ia sukar tetapi tidak mustahil,” kata Klopp.

Menurut Guardiola pula: “Dengan Liverpool, anda tidak boleh menang liga ketika empat perlawanan berbaki. Anda perlu berjuang hingga ke akhir.

“Kelebihannya ialah kami beraksi di laman sendiri dan nasib ditentukan oleh kami. Kami tidak akan melihat orang lain, kami hanya perlu cuba menang. Saya pasti Stadium Etihad akan penuh.” 

Apa pendapat anda? Siapa yang anda rasa akan menang EPL untuk musim ini. City atau Liverpool?

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca