Erra Fazira Pesan Kepada Rakyat Malasyia Agar Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

Pelakon terkenal iaitu Erra Fazira menitip pesanan kepada rakyat Malaysia agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak meninggalkan rumah jika tiada urusan penting untuk keluar.

Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, Erra berharap pengikutnya memahami bagaimana virus itu merebak selain jangan memandang remeh soal kesihatan dan nyawa.

“Fahami jaluran wabak COVID-19. Ada sebab kita disuruh duduk di rumah. Tolong jangan keluar tanpa urusan penting. Sangat penting!”

“Ya bosan, ya ekonomi terganggu, ya banyak kerja tertunda. Tapi semua itu tidak bererti andai kesihatan kita menjadi taruhan.”

“Bukan hanya kita sebagai individu tetapi seluruh keluarga, kawasan, daerah, negeri dan negara akan pincang.”

“Kalau ada yang degil, tolong ‘sekolah’ dan tarbiah secara berjemaah dengan cara yang baik. Tindak tanduk orang begitu akan mengundang parah kepada yang lain,” tulis Erra Fazira dalam hantarannya itu.

Pelakon dan penyanyi yang juga merupakan bintang filem Sembilu itu mahu semua orang berfikir dengan waras tanpa mementingkan diri sendiri.

Erra juga berterima kasih kepada semua kakitangan kesihatan yang terlibat dalam membanteras wabak ini.

“Moga Allah membalas kebaikan kalian di dunia dan akhirat. Kemuliaan tugas, keikhlasan hati, keberkatan niat menjadikan kalian wira di mata kami serta mulia di sisi Allah.”

Pesanan ikhlas Erra Fazira ini mendorang agar seluruh rakyat Malaysia bekerjasama untuk membendung wabak COVID-19 ini supaya tidak menjadi lebih teruk. Semua kakitangan seperti Doktor, Jururawat dan kakitangan hospital seharusnya mendapat pujian tatkala musibah ini melanda. Mereka sedang berusaha sebaik mungkin untuk merawat dan membendung wabak COVID-19 ini.

Untuk baca artikel lain berkenaan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca