Enjin Roket Mesra Alam, Dijana Daripada Sisa Buangan Plastik

Pulsar Fusion

Sebuah syarikat Britian yang berpangkalan di Bletchley, England dikatakan berjaya melakukan ujian pertama enjin roket daripada penjanaan kuasa sisa buangan plastik.

Menurut laporan, Pulsar Fusion telah menjalankan beberapa ujian di COTEC, iaitu pangkalan tentera di Salisbury. Ujian terebut bermula sejak 17 November hingga 18 November yang lepas.

Roket ‘mesra alam’ itu dikuasakan daripada oksigen, nitrus oksida(N2O) dan polietilena berketumpatan tinggi (HDP) yang boleh didapati menerusi kitar semula sisa buangan plastik.

Kedua-dua bahan api tersebut boleh menghasilkan bahan bakar yang tidak bertoksik.

Tambahan pula, bahan-bahan ini juga merupakan salah satu sumber mesra alam yang tersedia dalam industri angkasa.

Menurut Richard Dinan, ketua pegawai eksekutif Pulsar Fusion menjelaskan bahawa enjin roket mesra alam boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah melancarkan pesawat yang membawa manusia dan satelit ke angkasa lepas.

Misi utama mereka adalah untuk menggunakan teknologi gabungan nuklear dalam penghasilan enjin pendorong berkelajuan tinggi. Enjin tersebut akan mengurangkan masa perjalanan ke Marikh pada masa akan datang.

Sementara itu, mereka juga sedang bergiat dalam mengusahakan prototaip reaktor gabungan nuklear yang direka khas untuk menghasilkan plasma yang lebih panas daripada permukaan matahari.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca