Enggan Sebar COVID-19, Mr. Bean Nekad Tidak Mahu Tinggalkan Wuhan

Seorang lelaki warga Britain menjadi terkenal di China selepas meniru watak terkenal Rowan Atkinson, Mr. Bean.

Beliau membuat keputusan untuk tidak mahu meninggalkan bandar Wuhan.

Memetik laporan Daily Star, alasan di sebalik tindakan tersebut adalah dia tidak mahu menyebarkan wabak COVID-19 itu kepada orang lain.

Pada mulanya, Nigel Dixon berkunjung ke bandar tersebut untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama rakan-rakannya pada 2 Januari lalu.

Walau bagaimanapun, lelaki berusia 53 tahun itu membuat keputusan untuk menetap di bandar tersebut kerana dia tidak mahu mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri.

Tidak berhenti di situ, Nigel menghasilkan video ilmiah yang diberi tajuk Mr. Pea untuk mendidik masyarakat mengenai koronavirus.

Mr. Pea memaparkan Nigel yang berlakon sebagai Mr. Bean dalam berhadapan dengan wabak COVID-19.

Dalam pada itu, Nigel akan siarkan video itu secara langsung menerusi platform Kuaishou pada setiap hari.

Video berdurasi tiga minit ini menerangkan secara ringkas dan padat tentang COVID-19 dan langkah-langkah pencegahannya.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai COVID-19, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca