Enggan ‘Patah Balik’ Kepada Sistem Upah Lama, Syed Saddiq Anggap Pengurusan Foodpanda Angkuh

Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia disifatkan angkuh apabila menyatakan ia tidak menjadi masalah sekiranya penunggang mereka melancarkan mogok terhadap skim pembayaran baharu memandangkan ia tidak melanggar undang-undang.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil bersuara mengenai kenyataan itu dan mengatakan bahawa syarikat korporat dibangunkan oleh pekerja serta pengguna dan boleh dijatuhkan oleh mereka. Dalam erti kata lain, Foodpanda juga boleh menerima nasib yang sama.

Tegas beliau, keangkuhan yang dipaparkan oleh pengurusan Foodpanda bukanlah satu jalan penyelesaian buat kedua-dua pihak. Sebaliknya, ia lagi mengeruhkan keadaan.

“Sebagai #YangBerkhidmat, saya dipilih oleh rakyat dan boleh dihukum oleh rakyat. Sebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja/pengguna dan boleh dijatuhkan oleh pekerja/pengguna.”

“Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna,” coret Syed Saddiq di akaun Twitter rasmi beliau.

Untuk rekod, bermula 1 hingga 3 Oktober lalu, penghantar makanan Foodpanda telah mengadakan mogok besar-besaran sebagai tanda bantahan mengenai skim pembayaran baharu yang berkuat kuasa sejak 30 September 2019.

Pengurus urusan syarikat berkenaan iaitu Sayantan Das bagaimanapun menjelaskan bahawa mereka tidak terjejas dengan mogok itu.

“Mogok itu dijalankan oleh kumpulan yang sangat kecil oleh penghantar kami iaitu kurang dari satu peratus sahaja yang memulakan mogok,” katanya.

Pada masa yang sama, Das juga menegaskan supaya penghantar yang tidak mahu bekerja perlu memberi atau menukar syif mereka kepada penghantar lain supaya tidak menjejaskan pendapatan.

“Jika anda (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar syif anda kepada penghantar lain kerana anda menjejaskan kehidupan mereka,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan pengurusan Foodpanda itu sekali gus membuatkan rata-rata pengguna menjalankan boikot ke atas syarikat berkenaan diiringi dengan tanda pagar #boycottfoodpanda dan #boikotfoodpanda.

https://twitter.com/MHDKHRLMKMN/status/1181226421059866624

https://twitter.com/MinatozaKimbap_/status/1181229477696720896

https://twitter.com/ainnursyahirah_/status/1181231347966177282

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca