Pada masa ini, kita sering mendengar tentang isu perkauman yang kebanyakannya disebarkan di media sosial sehingga menimbulkan salah faham antara kaum.

Kita jarang mendengar kisah atau cerita yang menginsafkan serta memberi inspirasi kepada masyarakat berbilang kaum di negara kita. Namun apa yang dikongsikan oleh Utusan Online ini pasti menyentuh perasaan warganet.

Kisah ini tentang seorang wanita Cina yang enggan membayar barang di kaunter yang sedang kosong namun dia dan suaminya memilih untuk berbaris di kaunter lain kerana mereka mendapati gadis yang menjaga kaunter kosong itu memakai tudung. Isu ini menjadi tular di media sosial dan menyentuh perasaan orang ramai.

Berikut adalah perbualan yang dipetik daripada sumber asal:

Saja jalan Econsave hari ini, ada beli barang sedikit tapi bukan aku nak cerita pasal aku jalan-jalan di Econsave. Aku nak cerita pasal “aunty” ni sebenarnya.

Okay, masa beratur tadi aku ada terdengar aunty ni borak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar, kau orang tahu apa perbualan dia? Aku translate Melayu okay, dulu aku sekolah Cina sebab itulah aku faham perbualan mereka.

Suami: Hey nasib baik you beratur barisan ini.

Aunty: Yalah, kita jangan buat orang susah.

Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar sahaja kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.

Suami: Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung.

Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.

Aku: Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir.

Aunty: Yalah beli sekarang nanti tak susah ma.

Aku: Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma?

Aunty: Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat ini bir. Tak elok ma, sini amoi India boleh angkat.

Aku: Okay I faham.

Lepas tu aku pun blah, dalam masa sama aku dok terfikir, kenapa kat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ni padahal okey je.

Sorry Aunty, I curi gambar you senyap-senyap.

Terima kasih aunty kerana dah selamatkan gadis-gadis bertudung tu dari dilaknat oleh Allah.

Berikut dikongsikan golongan yang dilaknat terlibat dengan arak:

1.Orang yang memerahnya (arak) iaitu pembuatnya

2.Orang yang meminta diperahkan (arak) iaitu pengedarnya.

3.Orang yang meminum arak

4.Orang yang membawa arak

5.Orang yang minta dihantarkan arak

6.Orang yang menuangkan arak

7.Orang yang menjual arak

8.Orang yang membeli arak

9.Orang yang makan hasil jualan arak

10.Orang yang minta dibelikan arak

Oleh itu, kita haruslah menghormati antara satu sama lain, tidak mengira bangsa, agama atau warna kulit. Selain itu, untuk mengekalkan keamanan kita harus bersatu, bertolerensi dan saling menghormati.

Jangan lupa untuk ikuti di Telegram Lejen Press untuk mendapatkan info yang lebih menarik. Selamat membaca semua.

Sumber: Utusan Online