Enam Anak Patung Beruang Dijadikan Sebagai Anak Angkat, Kanak-Kanak Ini Mendapat Kelulusan Mahkamah

Seorang hakim Australia meluluskan permintaan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun untuk menjadikan patung beruangnya sebagai anak angkat secara rasmi.

Budak lelaki itu telah menulis surat kepada Mahkamah Keluarga Australia Barat untuk mendapatkan kelulusan anak angkat bagi enam anak patung beruang kegemarannya.

Pihak hakim dari mahkamah tersebut kemudian membalas surat berkenaan yang memaklumkan bahawa permintaan anak kecil itu telah diluluskan di bawah ‘Akta Teddy Antarabangsa 1908’.

“Permohonan telah dibuat di bawah Akta Teddy Antarabangsa 1908 untuk perintah anak angkat iaitu Mr Denham, Baby Denham, Brown Bear, Bamboo, Special Teddy Jnr dan Tiny yang tinggal di Australia Barat. 

“Adalah diperintahkan supaya Mr Denham, Baby Denham, Brown Bear, Bamboo, Special Teddy Jnr dan Tiny diambil sebagai anak angkat untuk dilayan dengan penuh kasih sayang seperti kanak-kanak dan anak patung,’’ demikian perintah mahkamah tersebut.

Bapa saudaranya iaitu Dr. Stephen Bright yang merupakan pakar psikologi dan akademik berkongsi gambar dokumen mahkamah tersebut di laman Twitter dan memuji mahkamah atas kebaikan mereka.

Hantaran berkenaan menjadi perhatian warganet dan mendapat reaksi yang positif tetapi telah dipadamkan selepas menjadi tular.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca