Emoji ‘Smiley’ Tertua Di Dunia Ditemui Pada Periuk Berusia Lebih 3,700 Tahun Lalu

Emoji mula diperkenalkan pada tahun 2007 oleh syarikat Apple Inc. dan ia semakin digunakan secara meluas oleh pengguna media sosial sehingga ke hari ini untuk berinteraksi sesama mereka. Proses penambahbaikan pada watak-watak emoji turut dikemas kini dari semasa ke semasa.

Selain bertujuan membawa suatu mesej atau maksud tertentu, emoji juga dinobatkan sebagai salah satu bahasa antarabangsa yang sangat mudah difahami.

Tetapi tahukah anda, simbol emoji senyum atau dikenali sebagai Smiley pernah tergambar di atas sebuah artifak purba yang diyakini berumur hampir beribu tahun dahulu?

Pada bulan Mei 2017, ahli arkeologi dari Universiti Bolognia, Itali telah menemui sebuah bekas minuman dari tapak arkeologi di daerah Karkamis, Turki yang berhampiran dengan sempadan negara Syria.

Ketika penggalian di salah sebuah makam di tapak tersebut, mereka telah menemui pelbagai bekas yang menyimpan makanan atau minuman yang kebanyakannya berusia 2,000 SM.

Di antara penemuan tersebut, ahli arkeologi lebih terpesona dengan sebuah bekas yang dipermukaannya terpapar lukisan seakan-akan Smiley.

Bekas itu didakwa digunakan untuk menyimpan sherbet iaitu sejenis minuman manis. Walau bagaimanapun, tujuan lukisan yang dilukiskan di atas bekas air itu masih belum dikenalpasti.

Bekas air Smiley dan beberapa artifak lain dibawa ke Muzium Arkeologi Gazeantep di Turki untuk dikaji dan disimpan sebagai salah satu koleksi oleh pihak muzium.

Pada tahun 2018 lepas, pihak Turki telah mengumumkan untuk membuka tapak arkeologi kota kuno Karkamis kepada umum. Para pengunjung dapat melihat sisa runtuhan istana, kuil sembahan, beberapa buah tugu dan beberapa sisa peninggalan binaan tamadun Rom dan Neo-Assyria.

Rekod Smiley Karkamis sebagai emoji tertua di dunia masih utuh sehingga ke hari ini.

Walaupun sudah beribu-ribu tahun lalu tertanam di dalam tanah, bekas air ini tetap tersenyum. Jadi, tiada alasan untuk anda sentiasa senyum meskipun terluka.

Artikel Lain Untuk Di Baca