Aktres ternama tanah air, Emma Maembong mengesahkan dirinya bakal menimang cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada 20 Februari lalu.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail memberitahu dia dan suaminya iaitu Shazli Azhar teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

“Ini merupakan bulan madu pertama dan terakhir berdua dengan suami saya. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan anak kami,” ujarnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pelakon Cemburu Seorang Perempuan ini berkongsi berita gembira berkenaan dengan memuat naik beberapa keping foto dia bersama suami dan memperlihatkan baby bump di laman Instagram.
Sementara itu, usia kandungan Emma kini sudah memasuki empat bulan dan dia dijangka akan bersalin pada November depan. Tinjauan kami mendapati rata-rata warganet turut tumpang teruja dengan berita tersebut:
baru tahu emma maembong pregnantttt
— nuaaa⁷ ੈ♡˳·˖˚ (@lofichim) July 7, 2020
Omgggg my favvv Emma Maembong pregnant!! So happy!! Haha omooo Semoga dipermudahkan Emma. Ahhh im so happy. Hopefully twinsss! Hehe no matter what i hope baby sihat & mother too❤️😍😍 aminnnn
— Nabsie♡♬ (@Itskepsss) July 7, 2020
Makin cantik plak aku tgok Emma maembong nie bila dah mngandung
— asha (@SchAlcantara) July 7, 2020
Dalam pada itu, pelakon Aprena Manrose turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Emma mengikat tali perkahwinan bersama suaminya yang juga merupakan seorang juruterbang pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya.
Semoga semua urusan pasangan ini dipermudahkan dan tahniah diucapkan kepada Emma dan suaminya atas berita gembira ini.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah: