Emily Blunt Mengadu Sakit Bekerja Sampai Nangis, Ini Respons Kasar Tom Cruise

Emily Blunt mengimbau kembali masanya bersama Tom Cruise sewaktu di set filem Edge of Tomorrow pada tahun 2014 dan nasihat kasar yang dia berikan kepada Blunt untuk ‘memotivasikan’ dia.

Blunt baru-baru ini mendedahkan di podcast SmartLess tentang pengalamannya di penggambaran filem sci-fi dan bagaimana kostum hampir seberat 40 kg bukan sahaja amat menyusahkan untuk dipakaikan tetapi juga telah mencederakan tulang rusuk dan tulang selangkanya sehingga kini. 

Sumber: Downtime Bros

Mengikut pelakon A Quiet Place,“Kami terpaksa memakai sut-sut yang sangat besar- kalau sut tersebut dibuat secara CGI memang akan lebih senang kepada pelakon tapi mereka mahukan lakukan secara tactile.

“Apabila dengar perkataan tactile, saya ingatkan ia akan rasa selesa dan padat, tetapi tidak pun. Sut tu 85 paun. Berat betul! Kali pertama saya pakai sut tersebut saya menangis dan Cruise tergamam, tak tahu nak buat apa.”

Blunt seterusnya berkata bahawa dia menyuarakan rasa bimbang kepada Cruise tentang bagaimana dia nak hadapi penggambaran sambil dalam sut yang berhampiran 40 kg itu.

Sumber: Writers Lift Too

“Saya kata kepada dia, ‘Macam mana nak habiskan penggambaran ini, resah betul.” 

Cruise merenung lama ke arah Blunt selepas dia mengadu sebelum memberi nasihatnya. “Dah, jangan jadi pengecut, ok?” 

Walaupun bunyi kasar, kata-kata jujur Cruise dapat memberi motivasi kepada Blunt.

“Saya tergelak selepas dengar itu. Dan kami pun sudah harungi penggambaran itu walaupun dengan latihan yang sengit.” 

Sumber: Twitter

Mengenai sekuel filem Edge of Tomorrow, Blunt mengakui telah baca skripnya, namun tidak pasti sama ada projek tersebut akan berlaku. Masa sudah berlalu, rasa tidak sesuai lagi untuknya. 

“Tapi apa-apa boleh berlaku, tiada siapa tahu apa ada di masa hadapan, kan?”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca