Elon Musk Dikecam Teruk Selepas Mahu ‘Lockdown’ Di Amerika Syarikat Ditamatkan

Pengasas bersama PayPal iaitu Elon Musk kini menerima kecaman hebat daripada orang ramai selepas memuat naik satu ciapan di laman Twitter yang berbunyi, “Free America now.”

Untuk dijadikan cerita, Elon menujukan ciapan tersebut kepada kerajaan pimpinan Donald Trump untuk segera menamatkan perintah berkurung dan sekali gus membenarkan orang ramai untuk kembali bekerja semula bagi merancakkan ekonomi.

Tidak berhenti di situ, pengasas bersama Paypal itu turut memuat naik satu ciapan lain yang berbunyi, “Berikan penduduk Amerika Syarikat kebebasan mereka semula!”

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Texas selepas tidak lagi menjalankan perintah berkurung walaupun sudah merekodkan lebih daripada 690 angka korban sehingga ke hari ini.

Sementara itu, tinjauan kami mendapati rata-rata warganet kurang senang dengan idea CEO Tesla itu pada kali ini memandangkan Amerika Syarikat masih lagi merekodkan jumlah kes positif melebihi 20,000 orang setiap hari:

Sekiranya anda mahu tahu, ini bukan kali pertama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla itu mencipta kontroversi. Salah satu gimik beliau yang masih diingati oleh orang ramai sehingga ke hari ini ialah insiden cermin pecah semasa pelancaran Tesla Cybertruck.

Elon juga pernah memuat naik satu ciapan di mana beliau menjangkakan kes COVID-19 di Amerika Syarikat bakal tamat sebelum bulan April melabuhkan tirainya. Ciapan itu akhirnya memakan dirinya sendiri kerana ramalan itu tersasar jauh pada waktu artikel ini ditulis.

Sebagai peringatan, anda diminta untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan untuk kebaikan semua orang.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19 di Amerika Syarikat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca