Elizabeth Olsen Melepaskan Tawaran Lain Kerana Terikat Dengan Marvel

Pelakon, Elizabeth Olsen berkongsi tentang kontraknya bersama Marvel sangat ketat sehingga dia perlu lepaskan tawaran lain.

Sumber: Hola!

Pelakon yang dikenali dengan watak popularnya sebagai Wanda dalam Marvel ini mula ceburi dunia lakonan dengan mengikut langkah kakak-kakaknya pada tahun 2011, kembar Olsens yang terkenal dengan lakonan-lakonan mereka.

Sekarang, Elizabeth Olsen sudah berlakon sebagai Wanda dalam enam filem MCU dan tidak lupa juga, TV bersiri, Wandavision yang menyebabkan pelakon ini tercalon dalam anugerah Primetime Emmy dan Golden Globe.

Dalam lapan tahun perjalan Olsen berlakon dengan Marvel, dia pernah melepaskan peluang berlakon watak-watak menarik. Sebagai contoh, dia pernah ditawarkan berlakon dalam sebuah filem, The Lobster yang telah memenangi dan tercalon dalam pelbagai anugerah filem pada tahun 2015.

Dalam masa yang sama, karakter Wanda telah diselami dengan lebih dalam dan berjaya menarik perhatian penonton. Watak ini telah mengharung pelbagai konflik dalam jalan cerita Marvel.

Sumber: Sea IGN

Dalam filem Avengers: Age of Ultron, Wanda kehilangan adik lelakinya, filem Avengers: Infinity War, kekasihnya, Vision mati dalam tangannya dan dalam dunia sempurna bersama anak-anaknya yang Wanda bina sendiri juga hilang dalam siri Wandavision.

Selepas bertahun-tahun Olsen mendalami watak Wanda, dia mula kenali dan berhubung dengan karakter Wanda yang hanyalah seorang wanita yang sudah hilang segalanya dan cuba untuk mencari ketenangan.

Olsen merasakan filem-filem ini ialah yang terbaik dan lebih dekat di hati apabila jalan ceritanya mempunyai sudut pandangan yang jelas. Watak Wanda mempunyai banyak potensi dan tidak terkejut jika Marvel akan membuat sebuah filem untuknya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca