Elakkan Guna 25 Kata Laluan Ini Sekiranya Anda Tidak Mahu Kena Godam

Memandangkan kita kini berada dalam era modenisasi, seseorang itu pasti tidak dapat lari daripada menggunakan perkhidmatan dalam talian.

Majoriti individu di muka bumi ini pasti ada akaun media sosial masing-masing seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Bukan itu sahaja, beli-belah pun boleh dibuat secara dalam talian pada zaman sekarang. Malah, bayar bil pun tidak perlu beratur lagi dengan kewujudan perkhidmatan dalam talian. Dalam erti kata lain, semuanya di hujung jari sahaja.

Kesemua servis dalam talian tersebut memerlukan seseorang itu menggunakan kata laluan. Ini adalah untuk menjamin keselamatan masing-masing dan mengelakkan apa-apa maklumat peribadi tersebar kepada orang ramai.

Tambah pula dengan pelbagai jenayah siber yang semakin menggila bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan, rata-rata pengguna akan tampil dengan pelbagai jenis kata laluan bagi memastikan akaun bank, laman sosial dan pelbagai aplikasi lain berada dalam keadaan selamat dan tidak akan digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini, tular berkenaan sistem perbankan di sebuah bank ternama negara di mana bank tersebut berdepan dengan ancaman jenayah siber. Ia sememangnya membuatkan para pengguna menjadi semakin risau akan keselamatan sistem sekuriti akaun mereka.

Berikut kami kongsikan 25 jenis kata laluan yang perlu anda elakkan kerana ia mempunyai ciri-ciri keselamatan paling lemah:

1. 123456

2. password

3. 123456789

4. 12345678

5. 12345

6. 111111

7. 1234567

8. sunshine

9. qwerty

10. iloveyou

11. princess

12. admin

13. welcome

14. 666666

15. abc123

16. football

17. 123123

18. monkey

19. 654321

20. [email protected]#$%^&

21. charlie

22. aa123456

23. donald

24. password1

25. qwerty123

Sekiranya kata laluan yang anda gunakan sekarang tersenarai di atas, kami sarankan anda supaya tukar ia dengan segera. Jangan nanti nasi sudah jadi bubur baru nak menyesal. Gunalah kombinasi yang sukar dan tidak tercapai dek akal sebagai kata laluan anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Artikel Lain Untuk Di Baca