Elak Sembelit, Ini Adalah 5 Khasiat Buah Lemon Untuk Tubuh Badan Yang Sihat

Bagi sesiapa yang tidak tahu bahawa lemon ini mengandungi asid sitrik, calsium, magnesium, vitamin C, bioflabonoids, pectin dan limonene yang bertujuan untuk meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

Lemon ini memang sedia maklum terdapat dua khasiatnya yang terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Selain itu, lemon ini juga terkenal dengan jolokan ‘ubat kurus’ kerana jusnya itu dapat membantu dalam proses percernaan dan juga sebagai ‘pembersih’ hati.

Berikut adalah lima kebaikan air lemon kepada tubuh badan:

1. Hilangkan bau mulut di awal pagi

Jika anda sedang bermesyuarat bersama pengarah anda tetapi anda merasakan kehadiran sesuatu kurang enak daripada mulut anda. Adakah anda merasakan hari anda pada pagi itu akan ceria? Maka air lemon ini adalah cara paling terbaik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Hal ini kerana, ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga membantu mengurangkan bau badan.

2. Meningkatkan kesihatan kulit

Umur anda masih muda tetapi kulit anda sudah tidak sihat, jangan risau. Air lemon ini dapat membantu masalah anda kerana air lemon itu mampu meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan vitamin C dalam lemon juga bantu memperbaiki masalah kulit maka lemon ini bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang amat penting untuk kulit.

3. Elak masalah penghadaman

Anda mempunyai masalah kulit malah tambah pula dengan masalah penghadaman? Jangan risau, anda hanya minum air lemon itu sahaja sebaik bangun daripada tidur kerana ia boleh melegakan dan juga mampu mengelakkan masalah penghadaman seperti gastrik, kembung perut, angin dalam badan dan juga pedih hulu hati. Selamat mencuba.

4. Bekalan vitamin C semula jadi

Ada segelintir daripada anda ini mempunyai masalah malas untuk makan vitamin. Selepas itu, risau jika tidak makan vitamin tubuh badan anda akan sihat atau sebaliknya? Anda harus tahu, minum air lemon ini sahaja pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C yang amat baik untuk tubuh badan. Ia memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh badan kita. Maka, ini bermakna vitamin C ini sangat penting seawal kita bangun daripada tidur.

5. Elak sembelit

Sudahlah ada masalah penghadaman, ditambah lagi dengan masalah sembelit. Anda tidak perlu risau, dengan hanya minum air lemon itu ia amat membantu anda dalam perkumuhan dan dapat elak oleh diserang masalah sembelit atau cirit-birit.

Penulis:

  • Hani Izzatie Binti Sober adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan buah lemon, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca