Elak Kesesakan, Ini 3 Tips Memudahkan Perjalanan Balik Kampung

Menjelang Aidilfitri yang tidak lama lagi, pasti ramai yang ingin menggunakan kesempatan ini dengan sebaiknya untuk pulang ke kampung halaman yang tercinta.

Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia sebelum ini terpaksa menyambut hari raya dengan suasana PKP selama 2 tahun.

Justeru, Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini lebih ramai orang akan pulang ke kampung terutamanya warga kota yang mahu berkumpul bersama-sama dengan ahli keluarga dan mengunjungi sanak-saudara.

Berikut adalah 3 tips memudahkan perjalanan balik kampung supaya anda tidak bersesak-sesak di jalan raya.

  1. Mengenal pasti waktu puncak dan bergerak lebih awal

Mulakan perjalanan anda sehari lebih awal atau mengetahui waktu puncak lebuh raya melalui jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak Lebuh Raya Utara Selatan ataupun pengendali lebuh raya utama lain.

  1. Semak Status Kad Touch ‘N Go Anda

Semua pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menyemak status kad Touch ‘n Go terlebih dahulu. Jika status kad tidak aktif, perkara ini akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas kerana anda tidak dapat melepasi plaza tol.

  1. Mengetahui laluan alternatif menggunakan sistem GPS
Sumber: Vox

Sekiranya anda tidak boleh lari dari menggunakan jalan raya pada waktu puncak, anda disarankan untuk menghidupkan sistem GPS dan mengetahui jalan alternatif melalui aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca