Pernah atau tidak, ketika sedang membuang air kecil atau besar di tandas awam, anda rasa seperti diperhatikan?
Sejak kebelakangan ini, ramai yang menjadi mangsa “kaki skodeng” terutamanya kaum wanita. Jangan berasa pelik atau terkejut kerana perkara ini benar-benar berlaku bukan hanya di luar negara, tetapi di Malaysia juga.

Jadi, para wanita dia luar sana, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum anda menjadi mangsa mereka yang bernafsu binatang ini.
Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial Twitter, mendedahkan mengenai kewujudan sebuah akaun Telegram yang didapati mengumpul dan menyebarkan gambar wanita ketika mereka berada di tandas awam. Lebih menyakitkan hati apabila, akaun itu mempunyai pengikut sekitar 21 ahli.
Berdasarkan gambar skrin atau “screen capture” tersebut, rata-rata gambar yang disebarkan dalam akaun Telegram tersebut adalah gambar initp daripada kamera tersembunyi yang dipasang di dalam tandas awam.
so next time klau nak guna tandas public da boleh check da kut . be careful girls pic.twitter.com/ih05I8HTB1
— leo. (@mixbloode) March 7, 2020
Seorang lagi pengguna laman sosial Twitter turut berkongsi beberapa tempat yang mempunyai rakaman kamera tersembunyi di Malaysia.
How to detect spycams in the toilet stalls?
— Sue Anna Joe (@sueannajoe_) March 8, 2020
After seeing that viral post of the Telegram group sharing images of girls on the loo, I decided to look for how these cams are placed.
This happened in Tealive Muar:https://t.co/RIL674TP0Z pic.twitter.com/WdyOD6BbbF
Susulan daripada tularnya perkongsian tersebut, sebilangan warganet turut berkongsikan beberapa tips untuk untuk mengelak diri daripada manjadi mangsa “kaki skodeng”.
one tip to take note of: if you suspect something is a spy cam, touch it. if it's warm/hot, it's a spy cam.
— EditedByHaz (@HazwanJumpen) March 9, 2020
Watch this, kalau dah jumpa satu pun jangan lega ingat tak ada dah. Stay safe.https://t.co/b4l8G9Wd7T
— 🤹♂️ (@_Taufiqillah) March 9, 2020
If i not mistaken. Dkat cam tu ad wifi yg mcm ap ntah. So kalau kita bkk wifi n naik nama pelik2. Means ad cam . Is that true ?
— Kayman Kelantan (@NzNajah) March 8, 2020
Sekiranya anda mendapati terdapat mana-mana akaun yang mengandungi kandungan lucah, sumbang, jelik, tidak bermoral serta palsu, anda dinasihatkan agar melaporkan mereka dengan kadar segera kerana mereka boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mereka ini juga boleh menggugat ketenteraman awam serta mengancam keselamatan terutamanya kaum wanita.
Antara cara lain yang boleh anda lakukan adalah,
- Laporkan secara terus kepada pengendali laman atau media sosial
- Membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui laman sesawang, https://aduan.skmm.gov.my/
- Membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), KPDNKK, BNM dan agensi-agensi penguatkuasa yang berkaitan.
Untuk membaca artikel lain berkaitan kamera tersembunyi, sila klik pada pautan di bawah: