Elak COVID-19, Arab Saudi Kuarantinkan Wang Kertas Dan Syiling Selama 20 Hari

Penularan wabak COVID-19 masih berada pada tahap yang membimbangkan dengan jumlah jangkitan seluruh dunia yang kini semakin meningkat dari hari ke hari.

Oleh itu, Arab Saudi nampaknya sangat serius untuk mengekang penularan wabak berjangkit ini apabila negara tersebut dilaporkan turut mengenakan arahan kuarantin kepada wang kertas dan juga syiling yang diterima sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Langkah ini dipercayai boleh mengekang penularan wabak COVID-19 di negara mereka. Difahamkan, kesemua wang yang diterima akan diasingkan dalam unit tertutup selama 14 sehingga 20 hari dengan jangka masa bergantung daripada mana wang itu datang.

Wang kertas dan duit syiling akan menjalani mekanisme rawatan khas untuk memastikan wang itu selamat digunakan.

Bukan itu sahaja, malah mereka turut menyediakan mesin khas untuk menyusun wang secara automatik mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Manakala wang yang mempunyai kotoran akan dihancurkan dengan segera.

Wang kertas dan duit syiling yang dirawat akan disimpan di perbendaharaan pihak berkuasa dan dihantar ke bank supaya supaya ia dapat disimpan dalam jangka masa yang lebih lama.

Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga ini dikatakan tidak akan mempengaruhi aliran tunai di pasaran wang tempatan.

Perhitungan yang tepat antara tempoh pengasingan wang kertas, jumlah tunai terpencil dan jumlah yang diperlukan oleh sistem monetari dan pasaran tempatan telah diteliti sehingga dikatakan dapat memperoleh keseimbangan.

Kini, Arab Saudi telah mengurangkan kos perkhidmatan dan membuat pengecualian daripada bayaran tertentu. Selain itu, mereka juga telah menekankan semua sektor swasta negara untuk mengurangkan aliran tunai semasa.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan kuarantin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca