Elak Berikan Madu Kepada Bayi, Cegah Botulisme

PUNCA BOTULISME

Botulisme adalah penyakit serius yang berpunca dari toksin yang di rembeskan oleh bakteria Clostridium botulinum.

Madu mungkin tercemar dengan bakteria ini dan mengakibatkan jangkitan apabila spora masuk ke saluran penghadaman, tumbuh dan menghasilkan toksin.

Toksin botulinum akan MENGHALANG saraf daripada melepaskan bahan kimia ( acetylcholine ) dan seterusnya mengakibatkan gangguan saraf termasuk lumpuh.

Selain dari madu, Botulisme juga boleh berpunca dari sumber lain termasuk makanan dalam tin dengan kandungan asid yang rendah dan jangkitan luka yang cemari dengan tanah.

GEJALA BOTULISME

  • Gejala biasanya bermula dengan kelemahan otot yang mengawal mata, mata akan kelihatan kuyu dan tidak bermaya.
  • Sekiranya saraf di muka, mulut dan tekak terjejas, bayi akan mengalami kesukaran untuk menghisap susu dan menelan..
  • Apabila ia merebak ke tengkuk dan tubuh badan, bayi akan mengalami kesukaran untuk mengawal pergerakan kepala dan tengkuk . Seluruh tubuh badan akan menjadi lemah seperti pesakit lumpuh.
  •  Keadaan akan menjadi kritikal sekiranya Botulisme melemahkan otot-otot yang membantu dalam pernafasan.
  • Situasi ini yang menjadikan penyakit ini sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan KEMATIAN.

 

BILAKAH MADU BOLEH DIBERIKAN?

Madu boleh diberikan kepada kanak-kanak berusia LEBIH setahun.

Pada ketika itu, kanak-kanak telah memiliki bakteria lain dalam saluran pencernaan mereka untuk mencegah bakteria botulisme tumbuh dan menghasilkan toksin.

Infomasi ini penting sebagai pesanan kepada ibu bapa dan orang dewasa untuk mengelakkan pemberian madu kepada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Artikel Lain Untuk Di Baca